Thursday, April 12, 2012

LOKAS: Lonjakan Kecemerlangan Akademik Sekolah


“Tak kenal maka tak cinta”. Frasa ini sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat kita. Maksudnya, sesuatu itu kita tidak akan suka sebelum kita mengetahui perihal A-Z. Demikian juga dengan LOKAS. Apabila disebut LOKAS, barangkali rakan-rakan guru daripada daerah lain tertanya-tanya, apakah bendanya LOKAS ini? Namun demikian, bagi guru-guru di bawah “naungan” PPD Kota Marudu, perkataan LOKAS ini adalah suatu yang sudah sinonim dalam diari sebagai pendidik.

LOKAS adalah akronim kepada “Lonjakan Kecemerlangan Akademik Sekolah” yang mana perkataan ini telah diilhamkan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu, Encik Jidin Janaun dalam satu sesi permuafakatan bersama dengan AJK Induk LOKAS Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

LOKAS ini pada dasarnya merupakan suatu program untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid khususnya di daerah Kota Marudu. Program ini merupakan kesinambungan daripada beberapa aktiviti sebelum ini seperti “Gelombang Bestari”.

Secara ringkasnya terdapat 10 ciri-ciri LOKAS yang membezakannya dengan program lain. Ciri-ciri yang dimaksudkan itu adalah :-
                                                                                     
1.    Program yang berpusat di setiap sekolah dan di pantau oleh PPD
2.    Program milik PPD (Kepunyaan setiap warga pendidik Kota Marudu)
3.    Program yang dirangka bagi mengatasi masalah pencapaian akademik yang tidak konsisten
4.    Progaram ini di bawah pemantauan PPD (Pemantauan bersilang)
5.    Program ini MESTI mempunyai bilik operasi di setiap sekolah
6.    Program ini mempunyai jawatankuasanya sendiri
7.    Program ini mempunyai mesyuarat khas dengan kadar minima sebulan sekali
8.    Program ini MEWAJIBKAN setiap murid diberikan kerja rumah / latih tubi
9.    Program ini yang mewajibkan penyediaan bilik operasi. Bilik operasi ini pula akan sentiasa di pantau oleh PPD
10. Program ini akan dapat menyerlahkan kebolehan Penolong Kanan 1
Oleh yang demikian, kepada semua warga pendidik Kota Marudu, selamat “BERLOKAS’’. Semoga program ini akan membantu ‘MELONJAKKAN” Kota Marudu sebagai antara daerah yang mempunayi prestasi cemerlang – “Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara”.

No comments:

Post a Comment