Buat julung kalinya, Tim Pelayanan Belia Paroki St. Theresa, Kota Marudu telah menganjurkan Youth Leadership Camp (YLC) pada 9 hingga 11 Mac 2012 yang lalu. Pada kali ini, kem buat julung kalinya ini diadakan di St. Micheal Pinatau, Kota Marudu.
|
St.Micheal Pinatau, Kota Marudu |
Dengan tema "Berakar, Dibangun dan Teguh Dalam Iman" (Kol 2:7) kem selama 2 hari 2 malam ini mensasarkan pemimpin-pemimpin belia di semua chapel dalam paroki St. Theresa, Kota Marudu. Hasilnya sekitar 100 orang belia berjaya dihimpunkan dalam misi "menyegarkan" dan "mendidik" mereka untuk terus berakar, dibangun dan teguh dalam pelayanan mereka sebagai pemimpin belia di chapel masing-masing.
|
Jalan Salib |
Kem ini dimulakan dengan aktiviti Jalan Salib yang diadakan tepat jam 5.00 petang. Jalan Salib yang diadakan dengan mengikut jalan bukit merupakan suatu pengalaman yang hebat kepada para belia. Suasana persekitaran yang menghijau, hening dan indah sungguh memberi kesedaran kepada belia akan indahnya ciptaan Tuhan. Pada sebelah malamnya, dengan tajuk ceramahnya, "Leadership", Rektor Paroki St. Theresa, Kota Marudu, Rev. Fr Edward Raymond telah membangkitkan semangat para belia untuk menjadi pemimpin yang baik dengan Yesus semestinya menjadi "role modal" mereka. Selain itu, beberapa aktiviti yang yang disasarkan untuk membina keyakinan diri, semangat sepasukan dan penambahbaikan kepimpinan belia di setiap chapel juga ditekankan dalam kem ini. Misalnya ceramah dan bengkel bertajuk "Bagaimana Menjadi Pengikut Yesus Yang Baik", "LDK 1 - Team-Work", "3 C's", "Group Sharing-You Are Special", "Special Dinner Fellowship", dan "Heart-Check". Suatu aktiviti special yang tidak mungkin akan dilupakan oleh para belia ialah "Special Dinner Fellowship", di mana acara makan malam bersama-sama pemimpin dalam chapel masing-masing bagi mengukuhkan semangat "team-work"
|
Special Dinner Fellowship |
|
Pengarah YLC 2012 |
YLC 2012 ini diakhiri dengan misa yang dipimpin oleh Rev. Fr Edward Raymond. Secara keseluruhannya, berdasarkan evaluasi yang diadakan, kem ini telah mencapai objektif penganjurannya. Menurut pengarah program ini, saudara Andreas Nicktino Surubi, beliau berpuashati dengan penglibatan semua pemimpin-pemimpin belia.
"Syukur kepada campurtangan Tuhan, dan kepada rakan-rakan MOT saya bangga dengan komitmen yang diberikan" katanya dalam ucapan ringkas.
No comments:
Post a Comment