Antara tetamu yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat. Dari kiri Pn. Lovita Koisun (Pegawai Daerah Kota Marudu), KAN Makinsos Nawai (Pengerusi Penganjur), Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili, YB Tuan Sarapin Magana (ADUN N4 Matunggong) dan En. Bianus Kontong (Penolong Pegawai Daerah Matunggong)
Dalam program tersebut, Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili menyatakan bahawa jalan Teringai sepanjang 16.4 km akan ditar pada tahun hadapan dengan anggaran kos RM43.6 juta. Sesungguhnya, penambahbaikan jalan ini akan memberikan banyak impak kepada masyarakat sekitar. Sebagai contoh dengan memajukan sektor pelancongan di Pantai Teringai, penduduk berdekatan akan mendapat "tempiasnya" seperti peluang pekerjaan, peluang memasarkan hasil kraftangan, hasil pertanian dan sebagainya. Selain itu, ianya dapat mengurangkan "bebanan" guru-guru di dua buah sekolah, iaitu SK. Sampir dan SK. Teringai, yang mana saban hari berulang-alik dari Kota Marudu ke sekolah masing-masing. Semoga hasrat murni kerajaan ini dapat direalitikan dalam masa yang telah dijanjikan.
Kata orang Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan,andainya ungkapan keramat itu,lahir dari keikhlasan perjuangan untuk mempastikan rakyat di kawasan ini dapat menikmati kemudahan sebagaimana yang dinikamti oleh masyarakat lain di semua pelusuk di semenanjung dan beberapa pelusuk di negeri sabah.
ReplyDeleteandainya ungkapan keramat itu,bukan sekadar pembuka tirai melabuh dan meraih simpati untuk PRU13 agar diminta bertanding di Kawasan N4 Matunggong kerana ketandusan pengaruh di tempat sendiri.maka alangkah beruntungnya kita.Dan apapun ayuh tunggu dan lihat.......
Keikhlasan adalah tunjang keharmonian.
Itulah yang sebenarnya menjadi harapan semua penduudk di sini. Jika ungkapan itu sekadar "manis di bibir", tidak mustahil "ribut greg" akan melanda politik Sabah.
Delete