Usaha tanpa jemu dan lelah terus-menerus dilakukan oleh Tim Pelayanan Belia Paroki St. Theresa Kota Marudu bagi "menyentuh" hati para belia Katolik khususnya di Kota Marudu dan Pitas agar sama-sama menghadiri "Big Day" iaitu Kota Marudu Youth Day (KMYD) yang dimuktamadkan tarikhnya pada 2 hingga 4 September 2011 di gereja St. Theresa Kota Marudu. Kerja keras TPBP dapat dilihat dengan jumlah pertemuan yang dilakukan baik di antara AJK ataupun pemimpin-pemimpin belia di outasi sejak bulan Julai sehingga pada hari kelmarin 07 Ogos 2011 - semua berfokus kepada perbincangan untuk memberikan "kazutan basar" kepada belia-belia yang akan datang pada KMYD itu nanti.
Malahan Facebook tentang KYMD telah diusahakan oleh seorang "aktivis" TPBP. Penggunaan media alternatf ini merupakan suatu idea yang baik memandangkan ia merupakan alternatif terbaik pada masa kini, sesuai dengan perkembangan global - maklumat di hujung jari. Jadi kepada belia-belia yang ingin melihat perkembangan terkini KMYD, ataupun ingin memberikan sharing, ataupun cadangan, jangan segan silu untuk klik http://www.facebook.com/event/php.?eid=14963475178263.
KYMD ini merupakan kesinambungan kepada sambutaan ketibaan Salib Jubli Belia yang akan tiba di Paroki St. Theresa pada 08 Oktober 2011 dan juga Sabah Youth Day 3 (SYD 3) yang akan diadakan di Tambunan pada 21 Julai 2012. Oleh itu datanglah beramai-ramai dan "serbu" St. Theresa Kota Marudu. Biar kita semua disirami oleh api cintakasih Yesus dan mahu terus "Berakar dan dibangun dalam Kristus". Jumpa di sana .......
Ooopsss tunggu ah .... Ini dia backgroud SYD .... Ini saya ambil terus daripada http://syd3.blogspot.com/p/pengenalan.html untuk makluman kita semua. Urang sakap tak kanal maka tak sinta .....
.
Ooopsss tunggu ah .... Ini dia backgroud SYD .... Ini saya ambil terus daripada http://syd3.blogspot.com/p/pengenalan.html untuk makluman kita semua. Urang sakap tak kanal maka tak sinta .....
.
LATAR BELAKANG
Sejak tahun 2004, SYD atau Sabah Youth Day telah menjadi satu acara Gereja bersama belia, untuk belia dan dari belia. Ia adalah hasil dari Jubli Belia Tahun 2000 yang mana pada masa tersebut Komisi Belia Keuskupan Kota Kinabalu dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Keningau bersetuju mengadakan pesta belia besama sekali dalam 4 tahun.
Sejak tahun 2004, SYD atau Sabah Youth Day telah menjadi satu acara Gereja bersama belia, untuk belia dan dari belia. Ia adalah hasil dari Jubli Belia Tahun 2000 yang mana pada masa tersebut Komisi Belia Keuskupan Kota Kinabalu dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Keningau bersetuju mengadakan pesta belia besama sekali dalam 4 tahun.
SYD-1 telah diadakan di Keningau pada 23 -27 Ogos 2004 dengan tema, “Kami ingin bertemu dengan Yesus” (Yohanes 12:21). Ia disertai lebih dari 1000 belia. Sementara SYD-2 telah diadakan pada 19 -23 Ogos 2008 di Ranau. Temanya adalah “Kamu akan menerima kuasa kalu Roh Kudus turun ke atas kamu dan kamu akan menjadi saksi-Ku” (Kisah 1:8). Hampir 2000 belia telah datang bersama-sama menyertai program ini. Pada tahun itu, buat pertama kalinya empat paroki dari kawasan pantai timur (iaitu Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan Tawau) menyertai SYD-2 sebagai keuskupan Sandakan. Ini telah menjadi satu sejarah bagi SYD sebab ia merupakan program gabungan tiga keuskupan di Sabah. Konsep SYD-2 juga agak berlainan dari yang lalu sebab kali ini ia melibatkan keluarga di mana kebanyakan peserta ditempatkan bersama keluarga angkat dari seluruh paroki Ranau. Pada penghujung Misa SYD-2, Uskup Agung John Lee mengumumkan SYD-3 akan diadakan di Tambunan pada tahun 2012.
RASIONAL
Rentak dan gaya hidup para belia masa kini telah menyebabkan orang ramai lebih cenderung untuk melihat aspek negatif kehidupan mereka. Potensi dan kehidupan belia yang sentiasa berhadapan dengan kepelbagaian masalah dan subjek pembangunan menjadikan belia sebagai subjek yang perlu ditangani segera dengan apa jua cara yang difikirkan perlu. Ini adalah bagi memastikan para belia dapat berhadapan dengan realiti dunia dengan tabah, yakin dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Adalah satu kenyataan bahawa belia hari ini hidup dalam dunia yang penuh “ancaman” dan “perlumbaan”. Ramai belia yang terpengaruh dan tertipu dengan “kedamaian” dan “ketenangan” yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha dunia sekularisme, materialisme dan kounsumerisme” akhirnya; ramai yang menjadi sumber ekploitasi dan kekayaan sesetengah pihak. Pada masa yang sama, ramai kaum muda kini menolak hidup kekudusan kepada mereka yang terlibat aktif di gereja, malahan dalam membuat keputusan, Yesus adalah pilihan kedua atau yang terakhir. Menyedari hakikat inilah, maka penganjuran SYD di teruskan!
Sabah Youth Day (SYD), diyakini dapat menjadi salah sebuah medium pembentukan bagi belia katolik pada hari ini. Berpandukan kepada dua SYD yang telah dianjurkan sebelum ini, adalah didapati melalui aktiviti dan persiapan yang bakal dilaksanakan ianya dapat melahirkan belia katolik yang mampu memimpin dengan semangat Yesus Kristus. Berikut adalah beberapa bukti nyata mengapa SYD ini relevan bagi para belia katolik di sabah:
1. 1. SYD bukan sahaja menghimpunkan belia yang berada di lingkungan margin gereja, tetapi juga mereka yang berada di luar margin tersebut.
2. 2. Melalui proses-proses pembentukan yang ada, ianya telah melahirkan ramai pemimpin belia yang berani dan tabah dalam pelayanan kerajaan Allah, malahan telah mengajak lebih ramai belia untuk tetap setia dan kembali memilih Yesus dalam membuat keputusan.
3. 3. Adalah menjadi kebanggaan, bahawa ramai belia katolik yang masih setia pada Yesus, tidak kira di mana mereka berada kini dan jenis kerjaya mereka. Para belia masih memperlihatkan kehadiran Yesus dalam diri mereka dan inilah intipati utama SYD, iaitu agar belia berani menjadi saksi Kristus yang merentasi ruang sempadan.
4. Akhir sekali, bagi kebanyakan belia SYD adalah satu titik permulaan mereka di dunia pelayanan, mereka akan memiliki pengalaman Tuhan yang mana sangat berguna bagi mereka untuk tetap setia dan berharap pada Yesus. Dan kerana pengalaman Tuhan inilah, gereja masih mempunyai belia yang mahu melayani baik sebagai orang awam, Religus ataupun Paderi.
OBJEKTIF
Objektif SYD3 adalah ;
1) Agar para belia, menyedari bahawa hidup kekudusan adalah panggilan untuk semua insan.
2) Agar para belia, menjadi saksi-saksi Kristus yang berani menolak arus negatif globalisasi.
3) Untuk menyediakan para belia menjadi pemimpin pelapis Gereja Tempatan.
MATLAMAT
Agar para peserta SYD 3 sedar ; Ajakan untuk hidup dalam kekudusan adalah panggilan semua orang , berani bersaksi bagi Kristus baik sebagai pemimpin Gereja atau Awam. Belia-belia yang dikasihi .... Inilah lagu tema SYD3 kita.....
No comments:
Post a Comment