Saturday, August 6, 2011

Doa Malam Untuk Renungan Bersama






Doa Malam Untuk Renungan Bersama

Bapa di surga …
Ya?

Jangan mencela. Aku sedang berdoa.
Tapi kamu memanggil Aku…

Memanggil-Mu? Aku tidak memanggil-Mu. Aku sedang berdoa.
Bapa di surga….
Nah kan, kamu melakukannya lagi.

Melakukan apa?
Memanggil Aku. Kamu berkata, “Bapa di surga.” Aku di sini. Apa yang ada dalam fikiran kamu?

Ahh, aku tidak bermaksud apa-apa. Aku  hanya sekadar  mengucapkan doa malamku. Aku selalu berdoa sebelum tidur. Itu merupakan kewajibanku.
Oh, baiklah. Teruskan.

Aku mengucap syukur atas segala berkat-Mu…..
Nanti dulu. Berapa besar rasa syukurmu?

Apa?
Berapa besar rasa syukurmu atas segala berkat-Ku?

Aku tidak tahu. Aku tidak peduli. Bukankah itu memang sebahagian dari doa? Begitulah mereka mengajarku berdoa.
Oh, baiklah. Teruskan…

Teruskan?
Ya, teruskan doamu.

Oh, ya. Berkatilah mereka yang sakit, yang miskin dan yang menderita …
Apakah kamu bersungguh-sungguh?

Ya, saya pasti.
Apa yang telah kamu lakukan untuk itu?

Lakukan? Siapa, aku? Tidak ada, kurasa. Aku hanya berfikir  bahawa semua akan menjadi baik jika Engkau yang berkuasa atas segala sesuatu di sini seperti Engkau berkuasa di syurga, jadi manusia tidak perlu lagi menderita.
Apakah Aku berkuasa atasmu?

Emmm, aku pergi ke gereja, aku memberi collection, aku tidak…
Bukan itu yang Aku minta. Bagaimana dengan tingkah lakumu? Teman-temanmu dan juga keluargamu menderita mengenai sikapmu……
Berhentilah mencelaku. Aku ini sama baiknya dengan orang-orang lain yang pergi ke gereja setiap hari Minggu.
Ah, maaf. Aku berfikir engkau meminta-Ku untuk memberkati mereka yang berkekurangan. Agar hal itu terjadi, Aku perlu bantuan dari mereka yang memintanya……seperti kamu misalnya.

Tolong, Bapa. Aku perlu menyelesaikan doaku. Ini sudah jauh lebih lama daripada yang biasa. Berkatilah para sukarelawan agar mereka dapat menolong orang-orang yang menderita.
Maksudmu seperti kawan-kawan kamu?

kawan-kawanku?
Ya, seperti kawan-kawan kamu.

Kawan-kawanku,  tapi dia itu suka merokok dan mabuk-mabukan, menfitnah dan tidak pernah pergi ke gereja.
Pernahkah kamu melihat ke dalam hatinya?

Tentu tidak. Aku tidak berkeupayaan melakukannya …
Aku melihatnya. Hatinya adalah salah satu dari hati yang paling pedih dan menderita.

Baiklah, kiranya Engkau mengutus sukarelawan-Mu ke sana, ya Tuhan.
Bukankah kamu yang harus menjadi sukarelawan-Ku, utusan-Ku? Aku rasa Aku telah menyatakannya dengan amat jelas dalam setiap Misa Kudus

Hei, tunggu sebentar. Kenapa ni? Apakah ini hari “Pengkritikan-ku"? Aku ini sedang melakukan kewajibanku, melaksanakan perintah-Mu untuk berdoa. Dan tiba-tiba saja Engkau masuk campur dan mula mengungkit semua kesalahanku.
Ah, kamu memanggil Aku. Jadi, Aku di sini. Teruskan doamu. Aku tertunggu bahagian selanjutnya. Kamu belum mengubah susunan doamu kan? Teruskan ….

Aku tidak mahu.
Kenapa tidak mahu?

Aku tahu apa yang akan Engkau katakan.
Teruskan saja ….

Ampunilah segala dosaku … dan bantulah aku untuk mengampuni sesamaku.
Bagaimana dengan kawan-kawan kamu yang pernah menyakiti hatimu?

Nah, betulkan. Sudah kuduga. Aku tahu Engkau akan mengungkit-ungkit masalah itu. Dengar Tuhan, ia membohongi aku sehingga aku menderita. Lihat sahaja, akan kubalas dia!
Tetapi, doamu? Bagaimana dengan doamu?


Aku tidak bersungguh-sungguh.
Baiklah, setidak-tidaknya kamu berkata jujur. Aku fikir kamu memang suka membawa dendammu itu kemana-mana sahaja. Betulkan?

Tidak, aku tidak suka. Tetapi aku akan merasa puas begitu jika dendamku terbalas. Kamu hendak tahu suatu rahsia?

Rahsia apa?
Kamu tidak akan merasa puas, malahan akan semakin parah. Dengarkan Aku, kamu mengampuni sahabat-sahabatmu dan Aku akan mengampunimu.

Tapi Tuhan, aku tidak dapat mengampuni mereka.
Kalau begitu, Aku juga tidak dapat mengampunimu.

Walau apapun terjadi?
Sungguh, walau apapun yang terjadi.
Ah, kamu belum selesai dengan doamu. Teruskanlah
.

Aku melanggar janjiku. Aku sungguh menyesal.
Baik, lanjutkan doamu.

Sebentar, Bapa. Aku ingin bertanya sesuatu kepada-Mu. Apakah Engkau selalu mendengarkan doa-doaku?
Ya, setiap kata; setiap saat. 24 jam ….

Kalau begitu, mengapa Engkau tidak pernah menjawabku sebelumnya?
Berapa banyak kesempatan yang kamu berikan pada AKu? Tidak ada cukup waktu antara kata “Amin”-mu dan kepalamu menumbuk bantal. Bagaimana Aku dapat menjawabmu?

Engkau dapat, jika saja Engkau sungguh menghendakinya.
Tidak. Aku dapat hanya jika “kamu” sungguh menghendakinya.
Anak-Ku, Aku selalu rindu untuk berbicara denganmu.

Bapa, maafkan aku. Mahukah Engkau mengampuniku?
Sudah Ku ampuni. Dan terima kasih kerana mengizinkan Aku mencela kamu. Kadang-kadang Aku begitu rindu untuk dapat berbicara dengan kamu.
Selamat malam. Aku mengasihimu.

Selamat malam, Bapa. Aku mengasihi-Mu juga.
Oh, ya …bantulah aku untuk menguasai diriku dan jauhkanlah aku dari pencubaan……
 .

1 comment: