CUEPACS minta BONUS 2 bulan gaji Kakitangan Awam
Dengar khabarnya CUEPACS telah menghantar permohonan rasmi kepada Perdana Menteri sejak dua bulan lepas supaya kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus 2 bulan gaji bagi meringankan beban kewangan kakitangan awam.
Permohonan rasmi ini kalau kita teliti dan perhalusi dari segenap sudut memang tiada salah atau cacat -cela nya kerana indirectly & part of it ia adalah hak mutlak kakitangan awam yang telah bertungkus lumus menjalankan kewajipan mereka sebagai kakitangan awam.
Selepas kerajaan mengumumkan pemberian BONUS kepada peneroka Felda, kini giliran CUEPACS pula menantikan berita baik dari kerajaan. Permohonan rasmi telah dihantar kepada Perdana Menteri pada bulan Jun yang lepas. Apa yang diinginkan oleh Cuepacs: Sudi kiranya kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus 2 bulan gaji bagi meringankan beban kewangan kakitangan awam.
Sudah tentu pemberian bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan awam akan melibatkan perbelanjaan yang amat besar. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang dikatakan perjuangan "hidup mati" kerajaan, memandangkan pembangkang turut memberikan saingan yang sangat sengit bagi "mencuri" hati rakyat.
Apa-apa pun, "selamat berjaya" kepada Cuepacs. Semoga pada kali ini harapan "mengunung" kakitangan awam ini akan berakhir dengan senyuman dibibir..
Oh! Ya ... diberitakan kerajaan negeri Selangor sudah mengumumkan pemberian bonus RM500 kepada kakitangan awam negeri. Takkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain berdiam diri saja. Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment