Saturday, August 20, 2011

20 Perkara : Apa Yang Tinggal Sekarang?


AGREEMENTS BETWEEN SABAH & FEDERAL MALAYA

Point 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo

Point 2: Language
  • a. Malay should be the national language of the Federation
  • b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
  • c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
Point 3: Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

Point 4: Head of Federation
The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation

Point 5: Name of Federation
“Malaysia” but not “Melayu Raya”

Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 7: Right of Secession
There should be no right to secede from the Federation

Point 8: Borneanisation
Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

Point 9: British Officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo

Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
  • a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
  • b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
  • c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.
Point 11: Tariffs and Finance
North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

Point 12: Special position of indigenous races
In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo

Point 13: State Government
  • a) the Prime Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
  • b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo
Point 14: Transitional period
This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government

Point 15: Education
The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control

Point 16: Constitutional safeguards
No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo
The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient)

Point 17: Representation in Federal Parliament
This should take account not only of the population of North Borneo but also of its seize and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore

Point 18: Name of Head of State
Yang di-Pertua Negara

Point 19: Name of State
Sabah

Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.

Formula 1:3:7 KPM : Bagi Menyelesaikan Masalah Disiplin Murid

Berikutan kelewatan menangani beberapa kes disiplin di sekolah sejak kebelakangan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan supaya kes disiplin murid wajib diselesaikan dalam tempoh tujuh hari pada semua peringkat.

Tempoh itu ialah bagi penyelesaian kes dalam bidang kuasa Pentadbiran Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), di bawah pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) 1:3:7 (hari pertama, ketiga, ketujuh) Pelaporan Dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.

Penyelesaian itu termasuk tindakan yang perlu diambil mahupun hukuman atau penyelesaian lain yang sudah dilakukan selain memaksimumkan kepuasan hati pihak terbabit. Walaubagaimanapun, jika kes itu membabitkan pihak berkuasa lain seperti pendakwaan di mahkamah maka tempoh proses terbabit tidak dikira dalam pelaksanaan SOP berkenaan.

Berdasarkan SOP itu, insiden yang memerlukan kesegeraan dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada hari pertama meliputi kes berunsur jenayah, kelucahan melampau, keracunan makanan, kemalangan serius, bencana, buli, pergaduhan, isu perkauman, pandemik (contohnya H1N1), histeria atau isu lain yang perlu dilaporkan segera pada pandangan pengetua atau guru besar.

Panduan pelaksanaan SOP itu terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7, Tahun 2011 bertarikh 28 Jun lalu yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud serta dimuat naik dalam laman web Kementerian Pelajaran sejak Selasa lalu. Menurut Datuk Abd Ghafar Mahmud, ada kes disiplin murid yang berlaku di sekolah lambat ditangani sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan menjejaskan reputasi serta prestasi sesebuah sekolah, malah kementerian.

Selain itu, ada juga kes atau insiden yang hanya dilaporkan kepada kementerian selepas beberapa hari berlaku atau selepas diminta kementerian. Hal ini menggambarkan kelemahan pengurusan semua peringkat dalam menangani isu ini. Sejak kebelakangan ini, ada isu disiplin murid yang disiarkan di media massa terlebih dulu, membuktikan kelewatan JPN/PPD melaporkan kes itu kepada kementerian.

Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segera menghubungi Kementerian Pelajaran amat dikesali dan perlu diperbetuan. Pelaksanaan SOP itu juga berfungsi untuk menilai prestasi sesebuah sekolah, PPD dan JPN dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani masalah disiplin murid.

Mengikut SOP itu, laporan mengenai insiden disiplin murid hendaklah disampaikan segera oleh JPN kepada kementerian, iaitu pada hari kejadian jika berlaku di sekolah, pada hari kes tersebar melalui media massa jika berlaku di luar sekolah, ketika cuti atau di luar pengetahuan pihak sekolah, dan jika berlaku di luar sekolah atau ketika cuti di mana pihak sekolah mengetahuinya, maka hendaklah segera menyampaikan maklumat atau laporan kepada JPN.

Terdapat 6 langkah yang mesti diambil sebagai tindakan dan penyelesaian kes disiplin iaitu:-

  • Langkah 1 (Sekolah) – siasat kes, ambil tindakan awal, buat laporan awal ke PPD atau terus ke JPN (bagi negeri tiada PPD), manakala bagi kes atau insiden serius, sekolah perlu terus lapor ke JPN.
  • Langkah 2 (PPD) - menyemak maklumat daripada sekolah dan siasat, menghantar laporan awal ke JPN berserta ulasan dan pandangan awal PPD, membantu sekolah menyelesaikan masalah termasuk tindakan wajar, sementara bagi kes atau insiden serius, PPD boleh lapor terus kepada JPN atau kementerian.
  • Langkah 3 (JPN) - menyemak maklumat daripada PPD dan siasat jika perlu, serta menghantar laporan awal ke kementerian berserta ulasan dan pandangan awal JPN.
  • Langkah 4 (JPN) - menjalankan siasatan selanjutnya dan menghantar laporan penuh kepada kementerian, termasuk tindakan yang sedang, akan atau sudah diambil oleh pihak terbabit.
  • Langkah 5 (Kementerian Melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) - membuat ulasan dan pandangan terhadap laporan JPN, membawa laporan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, jika perlu tindakan lanjut maklumkan kepada JPN untuk dibuat, dan JPN melaporkan semula kepada BPSH.
  • Langkah 6 (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) - mengkaji laporan akhir JPN serta menentukan tindakan dari segi dasar operasi kementerian

Sumber : Petikan Akhbar Berita Harian

Friday, August 12, 2011

Cinta Terakhir - Aiman



Cinta Terakhir – Aiman

Cinta terakhir
Kau cinta pertama ku
Kau cinta terakhir ku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mata ku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mata ku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus


Dasar Kabotaj : Adakah Masih Relevan?

Dasar Kabotaj (Cabotage Policy) yang telah diperkenalkan bermula pada 1 Januari 1980 bertujuan untuk melindungi perkhidmatan kapal perdagangan dalam negeri. Dasar ini termaktub dalam Akta Perkapalan Saudagar (MSO 1952). Namun demikian, dalam jangkamasa hampir 31 tahun dasar ini dikuatkuasakan, ramai pihak yang meminta agar dasar ini dihapuskan. Alasan yang seringkali diberikan adalah, dasar ini telah menyebabkan harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih mahal 1% - 20% berbanding di Semenanjung Malaysia, walaupun Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri menyatakan bahawa faktor untung berlebihan yang di ambil penguasaha, yuran insuran maritin yang tinggi,dan  perkhidmatan memuat dan memungah yang tidak cekap merupakan antara penyebab mengapa harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih mahal. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula pada masa kini dalam kempan 1Malaysia 1 Harga, lebih menumpukan usaha untuk mengurangkan jurang harga barang antara kawasan Pendalaman dengan bandar di Sabah dan Sarawak. Nampaknya, I Malaysia 1 Harga belum disasarkan di peringkat nasional - Sabah / Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

 Melalui Dasar Kabotaj ini, kapal-kapal perdagangan daripada luar negeri, tidak boleh menghantar secara terus barang-barang ke pelabuhan Sepanggar, Bintulu atau Kuching, sebaliknya kapal perdagangan tersebut perlu ke Pelabuhan Klang. Barang-barang yang diangkut itu akan diturunkan dan dimuatkan kedalam kapal-kapal tempatan dan proses penghantaran akan dijalankan. Kapal-kapal perdagangan daripada Filipina dan Australia (walaupun secara logistik, lebih dekat dan cepat jika barang-barang yang diangkut di hantar terus ke pelabuhan Sabah dan Sarawak) perlu melalui proses ini. Akhirnya, apabila ditanya mengapa harga barang di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding dengan harga di Semenanjung Malaysia, jawapannya mudah - kos pengangkutan  tinggi !

Mengikut statistik pada tahun 2009, jumlah kapal dagang tempatan yang terlibat dengan urusan "angkut-mengangkut" kontena adalah 3,400 buah kapal. Jika dilihat jumlah ini, ianya sudah cukup. Sebagai perbandingannya, Sabah hanya memerlukan 4 hingga 5 kapal yang boleh memuatkan 500 - 700 buah kontena sehari. Ini kerana purata "permintaan" kontena bagi Sabah adalah 300, 000 kontena sebulan.

Oleh yang demikian, jika kita lihat jumlah kapal dagang tempatan tersebut, kita boleh simpulkan bahawa hasrat pengwujudan Dasar Kabotaj ini telah tercapai. Pengusaha-pengusaha kapal-kapal tempatan dilindungi dan telahpun kaya-raya melalui dasar ini. Sesuai dengan konsep "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang telah disarankan oleh Perdana Menteri, maka sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk mengubah polisi, daripada melindungi kepentingan penguasaha kapal-kapal dagang tempatan kepada melindungi rakyat Sabah dan Sarawak yang telah 31 tahun membayar harga lebih berbanding dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Jika ini berterusan Model Ekonomi Baru yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri sukar untuk dicapai.


Thursday, August 11, 2011

Agenda-Agenda Yang Ingin Diperjuangkan Oleh United Borneo Front (UBF)



UNITED BORNEO FRONT (UBF)

Agenda Borneo No. 1
Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan "mekanisma mematuhi Perjanjian Malaysia 1963" dibentuk melalui Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;

Agenda Borneo No. 2
Menuntut supaya formula pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;

Agenda Borneo No. 3
Menuntut supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo dimansuhkan;

Agenda Borneo No. 4
Menuntut supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;

Agenda Borneo No. 5
Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak;

Agenda Borneo No. 6
Mengatasi masalah pendatang tanpa izin (PTI)/"Projek IC", permasalahannya dan menggugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukum ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;

Agenda Borneo No. 7
Mengkaji kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak milik rakyat tempatan.


Sumber : http://www.facebook.com/groups/therevolutionist/

Sunday, August 7, 2011

KMYD : "Big Day" Untuk Belia-Belia Katolik Di Kota Marudu dan Pitas ...


Usaha tanpa jemu dan lelah terus-menerus dilakukan oleh Tim Pelayanan Belia Paroki St. Theresa Kota Marudu bagi "menyentuh" hati para belia Katolik khususnya di Kota Marudu dan Pitas agar sama-sama menghadiri "Big Day" iaitu Kota Marudu Youth Day (KMYD) yang dimuktamadkan tarikhnya pada 2 hingga 4 September 2011 di gereja St. Theresa Kota Marudu. Kerja keras TPBP dapat dilihat dengan jumlah pertemuan yang dilakukan baik di antara AJK ataupun pemimpin-pemimpin belia di outasi sejak bulan Julai sehingga pada hari kelmarin 07 Ogos 2011 - semua berfokus kepada perbincangan untuk memberikan "kazutan basar" kepada belia-belia yang akan datang pada KMYD itu nanti.

Malahan Facebook tentang KYMD telah diusahakan oleh seorang "aktivis" TPBP. Penggunaan media alternatf ini merupakan suatu idea yang baik memandangkan ia merupakan alternatif terbaik pada masa kini, sesuai dengan perkembangan global - maklumat di hujung jari. Jadi kepada belia-belia yang ingin melihat perkembangan terkini KMYD, ataupun ingin memberikan sharing, ataupun cadangan, jangan segan silu untuk klik  http://www.facebook.com/event/php.?eid=14963475178263.

KYMD ini merupakan kesinambungan kepada sambutaan ketibaan Salib Jubli Belia yang akan tiba di Paroki St. Theresa pada 08 Oktober 2011 dan juga Sabah Youth Day 3 (SYD 3) yang akan diadakan di Tambunan pada 21 Julai 2012. Oleh itu datanglah beramai-ramai dan "serbu" St. Theresa Kota Marudu. Biar kita semua disirami oleh api cintakasih Yesus dan mahu terus "Berakar dan dibangun dalam Kristus". Jumpa di sana .......
Ooopsss tunggu ah .... Ini dia backgroud SYD .... Ini saya ambil terus daripada  http://syd3.blogspot.com/p/pengenalan.html untuk makluman kita semua. Urang sakap tak kanal maka tak sinta .....
.

LATAR BELAKANG

Sejak tahun 2004, SYD atau Sabah Youth Day telah menjadi satu acara Gereja bersama belia, untuk belia dan dari belia. Ia adalah hasil dari Jubli Belia Tahun 2000 yang mana pada masa tersebut Komisi Belia Keuskupan Kota Kinabalu dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Keningau bersetuju mengadakan pesta belia besama sekali dalam 4 tahun.

SYD-1 telah diadakan di Keningau pada 23 -27 Ogos 2004 dengan tema, “Kami ingin bertemu dengan Yesus”  (Yohanes 12:21).  Ia disertai lebih dari 1000 belia.  Sementara SYD-2 telah diadakan pada 19 -23 Ogos 2008 di Ranau. Temanya adalah “Kamu akan menerima kuasa kalu Roh Kudus turun ke atas kamu dan kamu akan menjadi saksi-Ku” (Kisah 1:8). Hampir 2000 belia telah datang bersama-sama menyertai program ini.  Pada tahun itu, buat pertama kalinya empat paroki dari kawasan pantai timur (iaitu Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan Tawau) menyertai SYD-2  sebagai  keuskupan  Sandakan.  Ini telah menjadi satu sejarah bagi SYD sebab ia merupakan program gabungan tiga keuskupan di Sabah. Konsep SYD-2 juga agak berlainan dari yang lalu sebab kali ini ia melibatkan keluarga di mana kebanyakan peserta ditempatkan bersama keluarga angkat dari seluruh paroki Ranau.  Pada penghujung Misa SYD-2, Uskup Agung John Lee mengumumkan SYD-3 akan diadakan di Tambunan pada tahun 2012

RASIONAL                                                                         
Rentak dan gaya hidup para belia masa kini telah menyebabkan orang ramai lebih cenderung untuk melihat aspek negatif kehidupan mereka. Potensi dan kehidupan belia yang sentiasa berhadapan dengan kepelbagaian  masalah dan subjek pembangunan menjadikan belia sebagai subjek yang perlu ditangani segera dengan apa jua cara yang difikirkan perlu. Ini adalah bagi memastikan para belia dapat berhadapan dengan realiti dunia dengan tabah, yakin dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Adalah satu kenyataan bahawa belia hari  ini hidup dalam dunia yang penuh “ancaman” dan “perlumbaan”.  Ramai belia yang terpengaruh dan tertipu dengan “kedamaian” dan “ketenangan” yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha dunia sekularisme, materialisme dan kounsumerisme” akhirnya;  ramai yang menjadi sumber ekploitasi dan kekayaan sesetengah pihak.  Pada masa yang sama, ramai kaum muda kini menolak hidup kekudusan kepada mereka yang terlibat aktif di gereja, malahan dalam membuat keputusan, Yesus adalah pilihan kedua atau yang terakhir.  Menyedari hakikat inilah, maka penganjuran SYD di teruskan!

Sabah Youth Day (SYD), diyakini dapat menjadi salah sebuah medium pembentukan bagi belia katolik pada hari ini. Berpandukan kepada dua SYD yang telah dianjurkan sebelum ini, adalah didapati melalui aktiviti dan persiapan yang bakal dilaksanakan ianya dapat melahirkan belia katolik yang mampu memimpin dengan semangat Yesus Kristus. Berikut adalah beberapa bukti nyata mengapa SYD ini relevan bagi para belia katolik di sabah:

1.    1. SYD bukan sahaja menghimpunkan belia yang berada di lingkungan margin gereja, tetapi juga mereka yang berada di luar margin tersebut.

2.    2. Melalui proses-proses pembentukan yang ada, ianya telah melahirkan ramai pemimpin belia yang berani dan tabah dalam pelayanan kerajaan Allah, malahan telah mengajak lebih ramai belia untuk tetap setia dan kembali memilih Yesus dalam membuat keputusan.
 
3.     3. Adalah menjadi kebanggaan, bahawa ramai belia katolik yang masih setia pada Yesus, tidak kira di mana mereka berada kini dan jenis kerjaya mereka. Para belia masih memperlihatkan kehadiran Yesus dalam diri mereka dan inilah intipati utama SYD, iaitu agar belia berani menjadi saksi Kristus yang merentasi ruang sempadan.

4. Akhir sekali, bagi kebanyakan belia SYD adalah satu titik permulaan mereka di dunia pelayanan, mereka akan memiliki pengalaman Tuhan yang mana sangat berguna bagi mereka untuk tetap setia dan berharap pada Yesus. Dan kerana pengalaman Tuhan inilah, gereja masih mempunyai belia yang mahu melayani baik sebagai orang awam, Religus ataupun Paderi.  

OBJEKTIF
Objektif SYD3 adalah ;
1)       Agar para belia, menyedari bahawa hidup kekudusan adalah panggilan untuk semua insan.
2)       Agar para belia, menjadi saksi-saksi Kristus yang berani menolak arus negatif globalisasi.
3)       Untuk menyediakan para belia menjadi pemimpin pelapis Gereja Tempatan.
MATLAMAT                                                                                                                                  
Agar para peserta SYD 3 sedar ; Ajakan untuk hidup dalam kekudusan adalah panggilan  semua orang , berani bersaksi bagi Kristus baik sebagai pemimpin Gereja atau Awam. 
Belia-belia yang dikasihi .... Inilah lagu tema SYD3 kita.....