Saturday, April 21, 2012

Dr Jeffrey – Pejuang Hak Negeri dan Rakyat Sabah

Dr Jeffrey – Pejuang Hak Negeri dan Rakyat Sabah

Dahulunya, Datuk Dr Jeffrey berjuang berseorangan kerana rata-rata rakyat Sabah ketika itu boleh dikatakan masih mentah dan amat mudah ditakut-takutkan oleh Malaya melalui penggunaa undang-undang darurat dan ISA. Penjara seolah-olah dianggap umpama masuk ke dalam neraka. Namun, Dr Jeffrey melihat itu bukan sebagai penghalang untuk berjuang mempertahan dan menuntut HAK kemerdekaan Sabah seperti yang telah dipersetujui semasa Sabah bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Akhirnya, beliau ditangkap dan dikurung selama 2 tahun 7 bulan dalam penjara Kamunting dan kemudiannya dalam buangan di Negri Sembilan.

Kini, Dr Jeffrey bukan bersendirian lagi kerana kebangkitan semangat juang rakyat Sabah, terutama golongan muda setelah menyedari kebenaran apa yang diperjuangkan oleh Dr Jeffrey selama ini. Ini adalah kesan positif dari aktiviti-aktiviti Borneo Tea Party UBF, sebuah badan NGO, yang sudah dianjurkan hampir ke seluruh pelusuk negeri Sabah sejak pelancarannya pada 16 Disember 2010.

Perjuangan beliau kali ini telah dirangkumkan dalam 7 agenda yang dipanggil AGENDA BORNEO, satu agenda perjuangan rakyat Borneo di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan State Reform Party (STAR), sebuah parti nasional yang diasaskan di Sarawak sebagai platform memperjuangkan Agenda Borneo melalui proses politik Malaysia.

PENANGKAPAN DATUK DR JEFFREY G. KITINGAN sebagai satu langkah oleh Kuala Lumpur untuk menghalang masyarakat mengetahui haknya.

Pada 23 Januari 1990, dunia Sabah telah menjadi gempar apa bila penangkapan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan menjadi tajuk besar setiap suratkhabar tempatan. Berita ini mengatakan Datuk Dr Jeffrey ditangkap di bawah Akta Rasuah di mana Datuk Dr Jeffrey menerima tujuh tuduhan yang melibatkan rasuah. Masyarakat menjadi gempar dan tertanya-tanya. Apakah betul tuduhan-tuduhan tersebut? Malah ada yang menyatakan bahawa ianya plot orang luar untuk menjatuhkan Dr Jeffrey.

Apa yang menjadi tandatanya adalah cara penangkapan itu dilakukan. Untuk mereka yang belum tahu pada 22 Januari 1990, subuh-subuh lagi seramai lebih kurang 30 askar dan polis serta pegawai pencegah rasuah telah dating ke rumah Datuk Dr Jeffrey di Kota Kinabalu. Mereka lengkap dengan senjata M16 dan 7 ekor anjing polis mengepung rumah Dr Jeffrey seakan-akan Dr Jeffrey seorang pembunuh dan penjenayah besar. Mereka telah menunggu lama sehinggalah siang hari di mana mereka telah menyelongkar setiap bilik di rumah Datuk Dr Jeffrey tetapi gagal menemuinya.

Datuk Dr Jeffrey sendiri telah datang ke pejabat ACA dan seterusnya ke mahkamah. Cara kedatangan mereka yang sedemikian rupa menunjukkan bahawa mereka mungkin mempunyai tujuan lain seperti:-

01.     Mungkin mereka juga mempunyai waran tangkap ISA di mana ianya ditangkap tanpa bicara dan dibawa keluar 
           daripada Sabah tanpa pengetahuan sesiapa. Dan kalau Datuk lari, mungkin ianya akan ditembak.
02.     Memalukan Datuk Dr Jeffrey dengan menganiayanya dan disiarkan melalui media masa. Ini adalah nyata kerana
           semua perakam video sudah tersedia untuk merakam kesemua kejadian pada waktu itu.

JADI KENAPA SEBENARNYA BELIAU HENDAK DITANGKAP?
Sebelum mengetahuinya adalah perlu untuk ketahui latarbelakang negeri kita sendiri.

Sebelum tahun 1881, Sabah telah diberikan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Berunai. Kemudian di antara 1891 hingga 1893, dua saudagar British telah menyewa (pajak) Sabah daripada Sultan Sulu. Dengan itu, Sabah telah menjadi suatu kawasan jajahan British di bawah pentadbiran Chartered Company. Pada tahun 1942, Sabah telah ditawan oleh Jepun, tetapi pada tahun 1946 (setelah Jepun memerintah Sabah selama lebih kurang empat tahun) Sabah telah ditawan semula oleh British dan Australia. Oleh itu, Chartered Company dibubarkan dan Sabah telah menjadi jajahan British. Sabah telah menjadi tanah jajahan Britisah dari tahun 1946 hingga 1963 bersama dengan Negara Beruni dan negeri Sarawak. Pada tahun 1960an British mendapat desakan daripada Negara-negara luar untuk melepaskah negeri-negeri jajahannya. Apabila Negara-negara jiran mengetahuinya (Filipina, Indonesia dan Tanah Melayu) mereka masing-masing menuntut Sabah sebagai milik mereka. Namun demikian, Sabah telah merdeka sendiri pada  jangkamasa yang singkat sahaja iaitu di antara 31 Ogos 1963 hingga 16 September 1963.

Tanah Melayu sangat inginkan Sabah. Tetapi pemimpin-pemimpin Sabah pada waktu itu enggan menerima cadangan Tanah Melayu untuk merdeka melalui Malaysia. Pemimpin Tanah Melatyu telah menjemput Singapura untuk memasuki Tanah Melayu dan menggunakannya sebagai alat untuk memujuk Sabah menyertai Malaysia. Untuk memikat hati pemimpin Sabah termasuk Tun Fuad dan Tun Mustapha, Tunku Abdul Rahman telah membawa mereka ke Kuala Lumpur untuk melihat pembangunan dan perkembangan di KL. Lee Kwan Yew iaitu pemimpin Singapura telah berucap pada masa itu untuk menarik Sabah menyertai Malaysia. Pemimpin Tanah Melayu telah menyatakan bahawa Sabah juga akan menikmati pembangunan seperti Kuala Lumpur sekiranya mereka menyertai Malaysia. Dengan itu pemimpin Sabah telah tertarik dengan janji tersebut. Namun mereka masih belum mempersetujui secara keseluruhannya.

Untuk meyakinkan lagi pemimpin Sabah pada waktu itu, pemimpin Sabah yang diketuai oleh Tun Fuad telah diberikan peluang untuk menyenaraikan beberapa syarat yang harus diikuti. Maka satu rangkaian syarat telah dipersetujui untuk menjadi Sabah sebahagian daripada Malaysia yang dinamakan 20 PERKARA.

Isi kandungan 20 PERKARA yang sangat penting adalah:-

PERKARA 1.  Sabah tidak mempunyai agama rasmi walaupun Islam menjadi agama rasmi Tanah Melayu.
PERKARA 2.  Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu namun bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa
                      Inggeris tanpa ada had masanya.
PERKARA 3.  Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang baru di mana Perlembagaan Tanah Melayu tidak boleh
                     digunakan untuk Sabah.
PERKARA 6.  Imigresen iaitu kawalan keluar masuk orang asing ke negeri Sabah haruslah dibawah kawalan negeri
                      Sabah.
PERKARA 8.           Pekerja-pekerja di semua jabatan haruslah diambilalih oleh orang-orang Sabah iaitu Borneonisation.
PERKARA 11.         Pengurusan kewangan dan cukai haruslah dikawal oleh negeri Sabah.
PERKARA 12.         Kedudukan bumiputera negeri Sabah haruslah sama tarafnya dengan orang Melayu di Semenanjung.
PERKARA 13.         Ketua Negeri ialah Perdana Menteri.
PERKARA 15.         Sistem pendidikan di Sabah haruslah diteruskan dan di bawah kawalan kerajaan negeri Sabah.
PERKARA 16.         Tiada pembaharuan dan penarikan hak Sabah tanpa persetujuan kerajaan negeri Sabah.
PERKARA 17.         Wakil Negeri Sabah tidak kurang daripada wakil daripada Singapura. (Semasa Singapura masih dalam
                                Malaysia)
PERKARA 18.         Nama Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah adalah Yang DiPertua Negara.
PERKARA 20.         Tanah dan hutan negeri Sabah haruslah dikawal oleh kerajaan negeri Sabah.

Inilah di antara 20 PERKARA yang telah dipersetujui oleh pemimpin Tanah Melayu sebagai syarat penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Setelah kita merdeka melalui Malaysia selama 26 tahun, didapati bahawa perlahan-lahan hak kita dihapuskan dan hak kita untuk membuat keputusan sendiri semakin lama semakin berkurangan. Kalaulah perkara ini terus dibiarkan lama kelamaan tidak ada lagi hak negeri Sabah untuk membuat keputusan sendiri.  Semua keputusan akan dibuat oleh Kuala Lumpur. Keadaan masa sekarang ialah kita balik ke zaman penjajahan di mana kuasa da keputusan ditangan penjajah, manakala sekarang ini kuasa dan keputusan adalah di bawah Kuala Lumpur seperti Jabatan pendidikan, Jabatan Perubatan dan lain-lain lagi.

Dari tahun 1963 hingga 1975, Sabah telah diperintah oleh kerajaan USNO. Semasa pemerintahan ini, sesiapa yang menentang akan dimasukkan ke dalam penjara atau dihantar ke luar negeri untuk “makan angin”. Datuk Peter Mojuntin telah dipenjarakan pada tahun 1967 manakala Tun Fuad telah dihantar ke Australia kerana kedua mereka ini adalah berpengaruh. Masa itu masyarakat kita masih belum berani bertindak.

Tun Mustapha , pada masa pemerintahanya cuba meminjam wang dari bank dunia tapi telah tidak diluluskan kerana Sabah harus memohon melalui Kuala Lumpur. Tun Mustapha telah memohon agar Kuala Lumpur membenarkan tetapi tidak mendapat layanan. Di sinilah Tun Mustapha menyedari bahawa kuasa ini bukan di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi di bawah kuasa Kuala Lumpur. Untuk memikat Kuala Lumpur Tun Mustapha telah melakukan pengislaman secara beramai-ramai dan menghalau pemimpin-pemimpin gereja keluar daripada Sabah dan yang lain dipenjarakan. Tun Mustapha juga telah menubuhkan jawatankuasa untuk keluar daripada Malaysia.

Menyedari cadangan Tun Mustapha untuk keluar daripada Malaysia, maka pada tahun 1975 kerajaan USNO telah menerima tekanan daripada Kuala Lumpur di mana Kuala Lumpur menyokong BERJAYA. Pada tahun 1975 USNO telah kalah dalam pilihanraya. Kerajaan BERJAYA telah mengambilalih pemerintahan negeri Sabah di bawah pimpinan Tun Fuad, Datuk Peter Mojuntin, datuk Salleh Sulong, Chong Thain Vun dan lain-lain lagi. Tun Fuad telah menjadi Ketua Menteri.

Pada tahun 1976, Tun Fuad bersama dengan beberapa orang pemimpin seperti datuk Peter Mojuntin, darius Binion, Salleh Sulong, Chong Thain Vun serta anak Tun Fuad sendiri En Mohamad Johari telah dating ke Pulau Labuan untuk membuat perjanjian dan seterusnya menandatangani persetujuan penyerahan minyak Sabah kepada Wilayah Persekuatan di bawah Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Tun Fuad selaku Ketua Menteri pada masa itu tidak menandatangan perjanjian tersebut. Pada 06.06.1976 selepas pertemuan di Labuan mereka kesemuanya telah balik ke Kota Kinabalu. Malangnya kapal terbang yang mereka naiki telah meletup dan kesemua mereka telah terkorban. Peti hitam dari kapal terbang tersebut tidak dijumpai di mana segala maklumat tentang kapal terbang tersebut boleh diperolehi daripada peti hitam tersebut.


Malangnya dengan tidak diketahui  oleh masyarakat Sabah, kes tersebut telah ditutup begitu sahaja dan dengan mudah Kuala Lumpur menyatakan bahawa ianya adalah disebabkan oleh “kegagalan teknik” pada kapal tersebut. Sejauh manakah perkara ini benar? Tiada di antara masyarakat Sabah tahu. Suatu pertanyaan adalah apakah itu hasil daripada siasatan terhadap peti hitam? Ianya tidak diperdebatkan pada masa tersebut. Tiada seorang pun yang berani mempersoalkan hal tersebut. Walau bagaimanapun, ia tetap terpendam dalam hati setiap pejuang keadilan. Penulis ini baru darjah 6 pada masa tersebut, namun ianya masih segar dalam ingatan. Persoalan ini yang belum ada jawapan yang memuaskan sejak 1976 tidak luput dari ingatan. Keadaan orang seberang mengendali Sabah pada masa sekarang menimbulkan persoalan apakan akan ada satu lagi “kegagalan teknik kapal terbang” di Sabah.

“Kegagalan teknik” ini boleh berlaku dalam berbagai cara, samada di darat, udara, dilautan, bangunan, di majlis-majlis atau di mana sahaja termasuk di luar negeri. Masyarakat Sabah tidak mampu lagi melihat “kegagalan teknik pada kapal terbang”  ini berlaku.

Hasil daripada “kegagalan teknik pada kapal terbang” yang telah meragut nyawa pemimpin Sabah termasuk Ketua Menteri pada masa itu iaitu Tun Fuad, Datuk Harris Salleh telah menjadi Ketua Menteri sabah yang baru. Satu minggu selepas itu Datuk Harris telah menandatangani penyerahan minyak Sabah kepada persekutuan dengan 95% kepada wilayah persekutuan dan 5% sahaj kepada Sabah. Dengan kata lain setiap satu ringgit hasil minyak Sabah, 95 sen kepada persekutuan dan 5 sen kepada  Sabah.

Kepimpinan BERJAYA di bawah Datuk Harris Salleh boleh dikatakan berjalan dengan baik sepanjang tahun 1976 hingga 1980. Kepimpinan Datuk Harris mula tergugat pada tahun 1980, apabila Dr Jeffrey (belum PhD) yang mana pada masa itu menjadi Pengarah SINAR telah membuat banyak penyusunan kepada pentadbiran Jabatan Ketua Menteri dan mempersoalkan beberapa polisi Datuk Harris.

Suatu masa pada tahun 1980, Datuk Dr Jeffrey (belum Dr pada masa itu) telah dipanggil oleh Datuk Harris bersama dengan semua ketua-ketua jabatan kerajaan, jabatan Persekutuan, badan-badan berkanun dan menteri-menteri kabinetnya untuk menjawab berbagai pertanyaan Datuk harris berkaitan dengan penyusunan dan kritikan Datuk Dr Jeffrey.

Datuk Harris telah memanggil semua pemberita kerana sengaja memalukan Datuk Dr Jeffrey kepada semua masyarakat. Namun semua persoalan Datuk Harris dapat dipatahkan oleh Datuk Dr Jeffrey menyebabkan Datuk Harris marah dan mengancam akan melucutkan jawatan Datuk Dr Jeffrey sebagai Pengarah SINAR jika ia tidak minta maaf.  Oleh kerana Datuk Harris sendiri yang mendapat malu, ia telah menyatakan kepada semua pemberita supaya tidak mengeluarkan apa-apa berita pertemuan tersebut.

Kebetulan Datuk Dr Jeffrey telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri menyebabkan Datuk Harris tidak sempat melucutkan jawatan beliau. Datuk Harris telah mencari sasaran lain (dengan kata lain mengganti sasaran). Kebetulan Datuk Pairin merupakan ahli cabinet kerajaan negeri pada masa itu. Datuk Harris telah menjadikan Datuk Pairin sebagai sasarannya dengan memberikan tekanan kepada Datuk Pairin. Ini termasuklah menggunakan orang-orang lain termasuk orang-orang di KDCA (pada masa itu KCA), melucutkan daripada kabinet pada tahun 1982 dan lain-lain lagi sehinggalah telah melucutkan taraf daerah Tambunan pada tahun 1984.

Setelah BERJAYA tumbang pada tahun 1985, suatu pengalaman pahit telah sama-sama kita alami, di mana tunjuk perasaan dan letupan berlaku di sana sini di kawasan Kota Kinabalu. Kereta-kereta dibakar, bangunan dibakar dan lain-lain lagi yang menganggu ketenteraman rakyat Sabah. Ini adalah angkara oleh orang-orang yang diupah oleh pemimpin parti yang kalah. Ini ekoran daripada kegagalan “rampasan kuasa” di waktu subuh oleh Tun Mustapha dan kuncu-kuncunya. Oleh kerana gagal, mereka melakukan kekerasan. Dalam keadaan begitu Datuk Pairin tetap menyeru penyokongnya supaya bertenang.  Andainya Datuk Pairin bersikap seperti sesetengah pemimpin sebelumnya, tentu sekali dia sudah mengarah penyokongnya untuk bertindak dan pertumpahan darah pasti berlaku. Kerana kelembutan Datuk Pairin dan penyokongnya menyebabkan pihak lain semakin bertindak dan menindas. Mereka yang terlibat pula, walaupun telah menjejaskan keselamatan negeri, langsung tidak diusik oleh ISA.

Dalam keadaan begitu, Datuk Dr Mahathir, selaku Perdana Menteri Malaysia, tidak mengambil tahu siapa Ketua Menteri Sabah. Walaupun ia tahu bahawa PBS telah memperolehi majority dalam pilihanraya. Malah beliau (Mahathir) memperkenalkan formula kerajaan campuran. Formula ini telah dipersetujui oleh Datuk Mark Koding yang mana telah mewakili kerajaan negeri Sabah ke pertemuan di Kuala Lumpur. Tetapi Datuk Dr Jeffrey telah menasihati kerajaan negeri supaya tidak menerima cadangan tersebut. Dengan itu, parti PBS telah menolak kerajaan campuran dan ini menyebabkan Datuk Mark Koding dan beberapa orang tertentu tidak menyenangi Datuk Dr Jeffrey.

Sejak dari tu kerajaan Sabah di bawah pimpinan PBS sering menghadapi tekanan.  Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mentadbir dengan aman. Pihak pembangkang lebih mendapat perhatian daripada seberang. Semua tuduhan politik pembangkang lebih diterima oleh Kuala Lumpur. Keadaan seperti ini menyebabkan rakyat atau masyarakat Sabah lebih tidak menyenangi kepimpinan Kuala Lumpur. Ketidak senangan masyarakat Sabah ini harus disampaikan melalui pemimpin. Namun setiap pemimpin yang menyuarakannya dilabelkan sebagai anti-federal. Ianya dikatakan “bermain dengan api” kerana menimbulkan hal-hal sensitif. Selagi isu-isu itu dianggap oleh pemimpin-pemimpin federal sensitif selagi itulah perkara itu tidak dapat diselesaikan. Malah mereka akan terus menangkap pemimpin-pemimpin yang menyuarakannya di bawah ISA. Ini member gambaran kepada masyarakat bahawa ISA ini bukan lagi digunakan untuk menjaga ketenteraman atau keselamatan dalam negeri tetapi menjaga keselamatan kedudukan pemimpin-pemimpin tertentu. Ini terbukti apabila seseorang itu memberitahu masyarakat tentang kedudukan hak mereka, apa seseorang itu menegur pemimpin, maka mereka dilabelkan sebagai bermain dengan isu sensitif. Masyarakat berhak mengetahui hak mereka yang selama ini tidak diketahui. Sampai bila masyarakat dibiarkan tidak mengetahuinya. Adakah ditunggu hingga mereka pupus.

Dengan keadaan itu Datuk Dr Jeffrey telah mengeluarkan perutusan tahun barunya pada 1987 di mana beliau telah menegur sikap pemimpin persekutuan terhadap negeri Sabah. Pada tahun 1987 juga Dr Jeffrey telah banyak mengadakan seminar-seminar berkenaan dengan keadaan di Sabah. Ini termasuk keadaan pelarian di Sabah, Seminar Integrasi Nasional dan lain-lain lagi. Datuk Dr Jeffrey telah menyarankan agar perancangan Integrasi Nasional ini harus dilihat dari dua pihak, pihak Semenanjung dan juga pihak dari Sabah dan Sarawak. Keadaan budaya Sabah dan Sarawak harus diambil kira dalam perlaksanaan Integrasi Nasional dan bukan hanya dalam kaca mata Kuala Lumpur. Dalam hal ini:

SEJAUH MANAKAH MEREKA DI KUALA LUMPUR MENGHORMATI BUDAYA SABAH SEPERTI MANA MEREKA MENGHARAPKAN KITA MENGHORMATI MEREKA? SEJAUH MANAKAH KUALA LUMPUR MENDENGAR KELUHAN DAN SUARA RAKYAT SABAH MELALUI PEMIMPINNYA SEPERTI MANA MEREKA MENGHARAPKAN RAKYAT SABAH MELALUI PEMIMPIN KITA MENDENGAR MEREKA.

Kerajaan Persekutuan telah meminta memo daripada kerajaan negeri Sabah tentang keluhan rakyat Sabah terhadap cara Kuala Lumpur mengendali Sabah. Dengan itu Datuk Dr Jeffrey telah mengeluarkan 20 PERKARA sebagai asas kepada memo yang disampaikan kepada Kuala Lumpur. Namun demikian, memo tersebut telah diharamkan oleh Kuala Lumpur kerana menurut mereka, ianya sensitif.
Apakah erti perkara ini? Bagaimanakah mereka mengharamkannya sedangkan iannya diketahui oleh seluruh masyarakat Sabah? Atau adakah dengan mengambil perhatian terhadap perkara tersebut, maka kedudukan mereka akan terjejas? Persoalan-persoalan ini timbul akibat reaksi Kuala Lumpur sendiri. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang berani mengemukakan persoalan ini secara terbuka meskipun di setiap kedai kopi persoalan ini menjadi satu topic perbualan yang hangat. Ini adalah kerana takutkan ISA.
Pada tahun 1988, beberapa orang telah ditangkap di bawah Akta ISA dalam “Operasi Lalang”. Namun  Datuk Dr Jeffrey juga seringkali disebut-sebut akan ditangkap di bawah akta ISA.

Pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Sabah telah meminta Kerajaan Persekutuan agar dapat menyelesaikan masalah pelarian (pendatang haram) masuk ke negeri Sabah. Namun demikian permintaan ini tidak dihiraukan. Oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri Sabah ingin melaksanakannya tetapi malangnya menerima tentangan daripada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, IDS yang diketuai sendiri oleh Datuk Dr Jeffrey telah meneruskan kajian ini. Dalam kajian ini, IDS mendapati bahawa terdapat projek membuat Kad Pengenalan Biru kepada pelarian (pendatang haram). Dengan itu, pelarian-pelarian tersebut mendapat  kewarganegaraan Malaysia bermastautin di negeri Sabah dan seterusnya dapat melibatkan diri dalam pilihanraya (bila mengundi). Pelan kajian ini mereka mendapati bahawa 20,000 (dua puluh ribu) pelarian layak mengundi.

Kerajaan Persekutuan telah menawarkan satu penyelesaian yang dinamakan “Task Force 7” yang kononnya dapat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah. Malangnya Kerajaan Persekutuan telah tidak menghormati hak dan maruah rakyat Sabah, di mana “Task Force 7” telah didapati bukannya menyelesaikan masalah pelarian (pendatang haram) di Sabah tetapi ingin mengumpul semua rekod pelarian yang mana sebenarnya akan digunakan untuk menyebarkan pelarian yang berkad pengenalan biru ke beberapa pusat pengundian di Sabah. Ini juga terbukti dengan ucapan Tan Sri Kadir di Kuala Lumpur yang mencadangkan semua pelarian (pendatang haram) di Sabah diberikan taraf kewarganegaraan. Kuala Lumpur telah jelas memberi sokongan kepada cadangan Tan Sri Kadir bila mana tidak ada seorangpun pemimpin persekutuan yang memprotes cadangan tersebut. Sepatutnya ucapan tersebut adalah terlalu sensitif kepada rakyat Sabah, tetapi pemimpin rakyat Sabah dapat mengawal rakyatnya daripada bertindak. Andainya pemimpin Sabah seperti sesetengah pemimpin Persekutuan, tentu sekali satu perhimpunan raksaksa menentang (tunjuk perasaan) akan terjadi.

Walau bagaimanapun, cadangan Kuala Lumpur yang mencadangkan agar “Task Force 7” menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah telah ditolak oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kuala Lumpur mengetahui, ini adalah kerana Datuk Dr Jeffrey.
Setelah 26 tahun merdeka melalui Malaysia, Kuala Lumpur masih lagi belum atau tidak ingin mengetahuinya bahawa tidak semestinya apa yang baik di Kuala Lumpur maka baik lah untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Bagaimana Integrasi Nasional boleh terujud? Kerajaan Negeri Sabah masih tidak berputus asa untuk menunjukkan kesetiaan kepada Kuala Lumpur. Ini jelas dilihat bila mana pada saat-saat menjelangnya pilihanraya kecil Ranau pada 9 Disember 1989, Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan telah dating sendiri ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Mahathir dan memberikannya satu cenderamata khas untuk menunjukkan kesetiaan negeri Sabah.

Tetapi bagaimana pemimpin negeri ini dapat terus setia kepada Kuala Lumpur bila rakyat sudah tidak menyenangi tindak-tanduk Kuala Lumpur. Oleh itu, rakyat Sabah menuntut pemimpinnya untuk menyampaikan tangisan serta keluhan mereka terhadap pihak yang berkenaan termasuk layanan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Malangnya, sesiapa yang menyuarakannya menerima ancaman ISA atau mereka dikatakan anti-federal dan tekanan demi tekanan dilemparkan kepada mereka. Mungkin untuk menjalinkan perhubungan yang baik bagi mereka adalah menggadai semua hak rakyat Sabah kepada mereka, hanya menurut semua kehendak mereka walaupun ia akan menjejaskan rakyat Sabah sendiri. Keadaan seperti ini meletakkan pemimpin dalam dilema.

Sejarah telah mengajar kita bahawa mereka yang menjadi “yes man” kepada Kuala Lumpur tidak mendapat tempat dalam hati masyarakat Sabah. Kerajaan Berjaya yang diajak “swim and sink” dengan Kuala Lumpur telah tumpas, Mark Koding yang mendapat sokongan Kuala Lumpur melalui “Kalakau Untol” juga telah tumpas dan kita juga akan menyaksikan keguguran Kalakau Untol dalam pilihanraya akan datang-Ini pun kalau Kalakau berani menguji kepimpinannya.

Datuk Dr Jeffrey juga telah menyuarakan supaya rangkaian ketiga RTM yang merangkumi Sabah dan Sarawak dihidupkan kembali namun ianya tidak dihiraukan. Amatlah ketara sekali bahawa Kuala Lumpur tidak menghormati maruah dan perasaan rakyat Sabah dan Sarawak. Berita Tamil terus disiarkan di Sabah walaupun di Sabah tidak sampai 5% orang Tamil. Kenapakah masa ini digunakan untuk siaran tersebut? Liputan RTM terhadap Sabah dan Sarawak sangat tidak memuaskan. Iklan untuk memperkenalkan Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 1990, juga telah dihapuskan penyiarannya pada masa pilihanraya di Ranau. Walaupun kini ianya telah disiarkan kembali tetapi kemunculan Ketua Menteri kita yang tidak sampai sesaatpun telah dihapuskan, sedangkan muka pemimpin Kuala Lumpur sentiasa keluar dalam iklan memperkenalkan Malaysia. Masyarakat Sabah berhak menyuarakan ketidak puasan hati mereka. Dan ketidak puasan hati ini telah disampaikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam perutusan tahun baru beliau pada 12 Januari 1990.
Selain dari itu, Datuk Dr Jeffrey juga telah menyuarakan tuntutan kita terhadap hasil minyak yang dikeluarkan di negeri Sabah. Beliau telah menyuarakan agar hasil minyak Sabah dibahagikan 50:50 dan bukannya 5:95 seperti sekarang. Perkara ini wajar kerana negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang kedua terbesar di Malaysia. 5% untuk negeri Sabah amatlah kecil. Kalau 95% itu Kuala Lumpur bahagi-bahagikan kepada 12 negeri yang lain, termasuk negeri yang 10 kali lebih kecil dari Sabah, mereka masih mendapat 8% setiap satu. Kenapa pula Sabah yang mengeluarkan minyak tersebut hanya mendapat 5% sahaja? Pemimpin Kuala Lumpur sepatutnya selawat sendiri ke kawasan-kawasan luar Bandar Sabah dan melihat sendiri keadaan kehidupan mereka yang hanya makan ubi dan tinggal di rumah-rumah bamboo yang sudah reput. Atau dapat disimpulkan mereka “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.
Datuk Dr Jeffrey adalah wajar menyuarakan rintihan, keluhan dan tangisan rakyat Sabah kerana beliau sendiri seringkali melawat ke kawasan-kawasan luar Bandar di Pedalaman Sabah termasuklah kawasan-kawasan yang memakan masa selama 6 jam berjalan  kaki, merentas hutan rimba untuk sampai ke satu-satu tempat (kampung) dan melihat sendiri keadaan kemiskinan di situ. Pemimpin Kuala Lumpur  juga seharusnya merasakan perjalanan melalui jalanraya-jalanraya ke Kinabatangan, Nabawan dan Tambunan serta beberapa jalan darat di Sabah. Pemimpin Sabah telah melalui jalan-jalan ini dan menyedari serta mengetahui keperluan kewangan yang lebih untuk tujuan pembaikan jalan-jalan tersebut. Malangnya, ianya tidak mendapat perhatian langsung daripada Kuala Lumpur.

Pada 18 Januari 1990, Datuk Sri Dr Mahathir telah merasmikan perhimpunan/persidangan USNO dan menyatakan bahawa orang Sabah tidak mempunyai sikap tolong menolong. Dalam wawancara khas beliau dengan para wartawan beliau telah membuat sindiran kepada Datuk Dr Jeffrey dengan menyatakan “Sebelum merdeka Sabah tidak mempunyai Dr, tetapi setelah mendapat kemudahan pelajaran, sudah pandai, lawan taukeh” Tetapi Dr Mahathir lupa bahawa wang yang telah digunakan untuk memberi pelajaran kepada mereka yang dimaksudkan itu adalah wang negeri Sabah dan bukannya wang Kuala Lumpur. Sebab berpelajaran itulah maka mereka boleh bersuara dan menegur serta membetulkan yang tidak betul. Bukan seperti sesetengah pemimpin yang digemari oleh Kuala Lumpur pada masa sekarang yang hanya mahir mengangkat kaki Kuala Lumpur sahaja.

Malangnya orang yang telah memperolehi pelajaran dengan tajaan wang Kerajaan Negeri dihalang untuk menyumbangkan kepintarannya demi kebaikan masyarakt negeri itu sendiri. Sekarang bukan lagi seperti pada tahun 1960an dan 1970an. Pada zaman 1990an ini dunia memerlukan para cendekiawan-cendekiawan untuk perancangan yang lebih profesional  dan lain-lain lagi. Oleh itu, politik Sabah di tahun 1970an tidak sesuai lagi diamalkan di negeri ini yang mana sedang mengalami alunan permodenan. Pintar bercakap sahaj tidak sesuai lagi jika tidak pintar berfikir kerana ia akan mudah diheret perasaan sehingga tidak dapat membuat keputusan yang baik.

Penangkapan pembangkang dan paderi-paderi dengan cara yang kasar di zaman pemerintahan USNO, pembahagian minyak kepada Kuala Lumpur dengan 5:95, penyerahan Pulau Labuan kepada Wilayah Persekutuan semasa BERJAYA di bawah Harris Salleh adalah hasil daripada pintar bercakap tetapi tidak pintar berfikir. Ada juga yang pintar berfikir tetapi menyalahgunakan kepintarannya untuk tujuan menjatuhkan satu-satu pihak. “Cadangan Task Force 7”, “Formula kerajaan campuran Sabah” dan”kegagalan teknik kapal terbang” mungkin merupakan hasil daripada salahguna kepintaran. Hal penangkapan Datuk Dr Jeffrey baru-baru ini, yang mana telah menjadi hangat juga merupakan hasil kerja mereka yang pintar berfikir tetapi disalah gunakan. Kalau dilihat peristiwa penangkapan Datuk Dr Jeffrey ianya jelas sekali.

Menjelang pilihanraya di Ranau ACA sibuk mencari Datuk Dr Jeffrey dan Datuk Pairin untuk disoal siasat. Terdapat juga berita yang mengatakan bahawa Datuk Dr Jeffrey akan ditangkap. Tetapi strategi untuk merosakkan Datuk Dr Jeffrey telah gagal. Tuduhan penyelewengan kewangan Yayasan Sabah langsung tidak berasas.

Tuduhan-tuduhan (7 tuduhan yang dikenakan kepada Datuk Dr) baru-baru ini tidak ada kaitan dengan soal-siasat selama 9 jam dahulu. Ramai yang telah tertipu untuk berfikir bahawa ianya ada kaitan dengan soal-siasat selama 9 jam dahulu, sedangkan ianya tidak ada kaitan langsung.

Semasa lawatan Datuk Dr Mahathir merasmikan persidangan USNO pada 18 Januari 1990 dan 19 Januari 1990, belau telah membuat ucapan yang antara lainnya menyatakan bahawa “Kerajaan Persekutuan adalah kuat dan boleh melakukan apa sahaja terhadap Sabah.” Dalam wawancara/pertemuan khas dengan para wartawan, beliau dengan tidak secara langsung menyindir Datuk Dr Jeffrey. Perasmian dan wawancara ini telah mendapat liputan penuh RTM, malah telah menjadi tajuk-tajuk akhbar di Semenanjung dan boleh dikatakan bahawa liputan akhbar pada perhimpunan ini adalah yang kedua besarnya selepas perhimpunan UMNO.
Penangkapan Datuk Dr Jeffrey melalui ACA adalah disengajakan kerana apabila Datuk Dr Jeffrey ditangkap melalui ISA adalah diharapkan agar masyarakat menyatakannya, “Itu wajar kerana ia bersalah”. Untuk penjelasan sebahagian daripada tuduhan itu, biarlaj kita renungi perkara di bawah:

Semasa kerajaan BERJAYA dulu, Kerajaan Negeri Sabah mempunyai sebuah syarikat membawa kayu balak keluar dai Sabah untuk diekspot. Syarikat itu ialah Dewaniaga Sdn Bhd. Syarikat ini dikongsi oleh Dewan Perniagaan Cina Bersatu (SUCC) dan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dengan pecahan 40:60, maksudnya 40 kepada SUCC dan 60 kepada DPBS. SUCC diketuai oleh Wong Chik Lim dan DPBS diketuai oleh Harris Salleh (pada masa itu ialah Ketua Menteri Sabah). Dewaniaga di bawah pentadbiran Harris Salleh telah melantik Archipelego Shipping Sdn. Bhd. Untuk mengurus dan menjalankan operasi perkapalan membawa balak keluar daripada Sabah untuk diekspot. Archipelego Shipping Sdn Bhd adalah milik rakan rapat Harris Salleh dan Wong Chik Lim. Keuntungan telah mencapai 100 juta dollar Amerika (270 juta ringgit Malaysia) tetapi SUCC hanya diberi $6.3 juta dan $200,000 kepada DPBS.

Wang pendapatan lain adalah dipunyai/digunakan oleh Harris dan Tan Sri Wong Chik Lim untuk “hadiah” kepada mereka yang mengawal Kastam, Kementerian Kewangan di KL dan ahli-ahli politik yang mereka taja samada di Sabah atau di luar Sabah. Ini adalah antara sebab kenapa Harris menjadi kesayangan kepada orang seberang.

Setelah PBS menguasai Kerajaan Negeri Sabah, satu persoalan timbul, kenapakah harus ada syarikat lain yang mengusahakan syarikat yang sepatutnya dipunyai oleh Kerajaan iaitu Dewaniaga? Kerajaan juga mendapati bahawa syarikat yang mengendalikan pengangkutan keluar balak dimonopoli oleh Syarikat Archipelego Shipping Sdn Bhd tetapi keuntungan tidak diberikan kepada Dewaniaga (60% Bumiputera dan 40% Cina).

Sejak 1986, Kerajaan cuba mengambil alih pengurusan tersebut tetapi tidak dilepaskan oleh Datuk Harris Salleh dan Wong Chik Lim. Datuk Dr Jeffrey telah diminta oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Datuk Dr Jeffrey menyedari bahawa kuasa monopoli ini harus diperbetulkan. Untuk mengelakkan keuntungannya tidak dimonopoli oleh dua orang sahaja (Harris dan Wong Chik Lim) melalui Archipelego Shipping Sdn Bhd, Datuk Dr Jeffrey telah menyarankan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan satu lagi lesen untuk perkapalan. Namun demikian, lessen tersebut tidak diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Jestru itu, pengeluaran kayu balak bulat telah dikurangkan. Pengeluaran ini menjejaskan pendapatan Harris dan Wong Chik Lim dan ini menimbulkan kemarahan mereka kepada Datuk Dr Jeffrey dan menuduh beliau “mensabotaj ekonomi Negara Malaysia”.

Kawan rapat Datuk Dr Jeffrey, Encik Freddy Lim telah ditangkap di bawah Akta ISA sebagai satu langkah awal kea rah penangkapan Datuk Dr Jeffrey. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah yang akan dilakukan kepada seseorang yang ditangkap di bawah Akta ISA? Seseorang yang ditangkap di bawah Akta ISA akan diseksa seperti dikurung di sebuah bilik kecil yang gelap selama beberapa hari atau dalam sebuah bilik sejuk tanpa pakaian., setiap hari diberi tekanan dengan menemuduganya dengan cara kasar selama 12 jam atau lebih setiap hari, tidak diberi masa untuk tidur, dikutuk, dan berbagai-bagai seksaan fizikal lagi. Seksaan mental juga akan diberi sehinggalah seseorang itu mengaku kesalahan mereka. Dengan kata lain, dipaksa dengan kekerasan mengakui tuduhan mereka. Seseorang yang ditangkap di bawah Akta ISA tidak ada peluang langsung untuk membela diri walaupun melalui mahkamah.

Pada tahun 1988 usaha untuk memecahkan monopoli ini berjaya apabila Mohamad Salleh Said Keruak mendapat lesen perkapalan iaitu SB Ocean Shipping Sdn Bhd. Setelah ini berjaya, Harris merasa cemas kalau-kalau akan ada lagi syarikat memperolehi lesen perkapalan dan ini akan menjejaskan lagi keuntungannya melalui Archipelego Shipping Sdn Bhd. Dengan itu Harris Salleh memperolehi lesen di bawah Syarikat Perkapalan Selatan Sabah. Maka bermula dari sinilah rancangan penangkapan Datuk Dr Jeffrey bermula lagi.

Sebelum itu, apabila kerajaan mengurangkan ekspot balak bulat, Harris dan Wong Chik Lim menawarkan supaya membuat perkongsian kerajaan dengan mereka untuk mengurus Dewaniaga. Datuk Dr Jeffrey telah meminta semua meminta semua maklumat mereka tetapi mereka enggan memberinya. Maka dengan itu, kerajaan negeri telah tidak menerima mereka sebagai rakan kongsi. Wong Chik Lim pernah berkata akan membuat “pengajaran” kepada Datuk Dr Jeffrey. Maka dapat kita simpulkan bahawa penangkapan Datuk Dr Jeffrey yang baru lalu adalah daripada “pengajaran” yang dimaksudkan oleh Wong Chik Lim. Apabila SUCC atau Dewaniaga Cina Bersatu dan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah menuntut bahagian mereka iaitu 40:60, Wong Chik Lim telah menuduh Datuk Dr Jeffrey yang menyebabkan keuntungan tersebut tidak dapat dibahagikan semata-mata untuk melepaskan dirinya daripada tekanan. Sedangkan sejak 1979 hingga 1988, Archipelego Shipping Sdn Bhd telah diberikan 100 juta dollar Amerika (270 juta ringgit Malaysia) dan hanya 6.3 juta telah diberikan kepada SUCC dan 200,000 kepada DPBS.

Maka bermulanya dari sinilah tuduhan demi tuduhan kepada Datuk Dr Jeffrey untuk merosakkan nama baiknya supaya rakyat akan berdiam diri dan menganggap beliau bersalah apabila ditangkap oleh ISA. Sebenarnya Datuk Dr Jeffrey memang sudah lama ingin ditangkap oleh ISA kerana keberaniannya menyuarakan ketidak adilan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah. Disebabkan itu, dengan cara penangkapan Datuk Dr Jeffrey di bawah Akta ACA adalah cara yang paling baik untuk menangkapnya, kerana setiap tuduhan yang dikenakan kepadanya itu adalah tidak betul. Ia adalah kerana ketidak fahaman mereka terhadap proses dunia perniagaan antarabangsa. Kita harus ingat bahawa Datuk Dr Jeffrey mempunyai Master dalam undang-undang perniagaan.

Sering kita denganr bahawa sesorang yang pada mulanya didakwa di mahkamah dan didapati tidak bersalah akan ditangkap semula oleh ISA, sebaik sahaj dia keluar daripada mahkamah. Oleh itu, tidak hairanlah jika keadaan demikian akan menimpa Datuk Dr Jeffrey. Seorang warganegara Malaysia yang menjadi saksi utama dalam skandal BMF telah dibunuh di Hong Kong. Pembunuhan ini tentu sekali menjadi persoalan masyarakat. Kita sering melihat tayangan-tayangan dalam wayang gambar di mana orang yang penting dalam satu-satu penyiasatan itu akan dibunuh oleh mereka yang tidak diketahui. Rakyat Sabah tidak mahu lagi menyaksikan “kegagalan teknik kapal terbang” pemimpin keadilan Sabah.

Beberapa kemungkinan akan dilakukan oleh pihak yang senangkan kepimpinan kerajaan negeri sabah sekarang seperti yang dilaung-laungkan oleh AKAR di mana ada 5 orang lagi pemimpin PBS yang akan ditangkap di bawah Akta ISA selain dari Datuk Dr Jeffrey. Andainya mereka ini ditangkap maka akan cacatlah kepimpinan kita masa kini.

Dengan ringkasnya penangkapan Datuk Dr Jeffrey adalah kerana:-

01.     Kajian pelarian dan penolakan Task Force 7
02.     Menyuarakan permintaan rakyat Sabah untuk mendapatkan hasl minyak 50:50
03.     Menasihati kerajaan negeri supaya menolak Formula Kerajaan Campuran
04.     Menyebabkan terpecahnya monopoli Wong Chik Lim dan Harris Salleh ke atas pengangkutan balak bulat keluar
           dari Sabah
05.     Mewakili rakyat Sabah menyuarakan penyelewengan 20 PERKARA, syarat persetujuan Sabah menyertai Malaysia
06.     Teguran terhadap konsep dan polisi Integrasi Nasional
07.     Keengganan Datuk Dr Jeffrey memperkongsikan hutan Sabah dengan orang seberang
08.     Menghalang rancanagan untuk menjadikan Yayasan Sabah sebagai Yayasan Malaysia
09.     Merupakan tulang belakang kerajaan PBS

Kesemua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Dr Jeffrey adalah merupakan sebahagian daripada “pengajaran” Wong Chik Lim untuk menangkap Datuk Dr Jeffrey.

KEADAAN KITA PADA MASA SEKARANG ADALAH SEPERTIKATAK YANG HIDUP DIMASUKKAN KE DALAM KUALI DAN PERLAHAN-LAHAN DIPANASKAN MENYEBABKAN LAMA-KELAMAAN KITA AKAN MATI TANPA SEMPAT MELOMPAT KELUAR KERANA JIKA ADA YANG SEDAR DAN MELOMPAT, IANYA AKAN DITANGKAP DAN DIPATAH-PATAHKAN KAKINYA SEHINGGA TIDAK TERDAYA.

Oleh itu, saudara-saudara pembaca, JIKA ANDA TIDAK HIRAUKAN, ORANG LAIN JUGA TIDAK HIRAUKAN, SIAPAKAH YANG KITA TUNGGU? Kalau kita menunggu mereka yang disebut-sebut, ditangkap oleh ISA, SIAPAKAH YANG AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN MEREKA? Penjara Malaysia pasti tidak dapat memuatkan ramai orang jika kita BERSATU. Mereka yang berkenaan tidak akan sanggup menangkap dan mematah-matahkan kaki jika semua katak dalam kuali melompat keluar serentak!

Salam perjuangan....

Sumber : dusunbukit.wordpress
SABAH – TANAH JAJAHAN MALAYA ?

 “Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu.”
- Datuk Dr Jeffrey Kitingan
4 Mac 1991
Teman-teman dan rakyat Sabah yang dikasihi…
Kamu mungkin telah mendengar ataupun membaca ucapan Mahathir yang tidak ditapis di dalam suratkhabar pada 21 Februari 1991. Saya baru saja mengetahuinya. Kenyataan Mahathir bahawa Sabah adalah tanah jajahannya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Dia sendiri telah membawa UMNO ke Sabah untuk memastikan penguasaan sepenuhnya ke atas rakyat Sabah. Dia tidak mahu menghormati pemimpin yang kita pilih. Dia hendak melantik pemimpinnya sendiri dan menentukan sendiri haluan untuk mereka. Dia berpendapat bahawa Sabah adalah naungannya dan dia boleh berbuat apa saja yang dia suka. Dia juga berfikir yang tiada siapa yang dapat menghalangnya mahupun pemimpin dari Kuala Lumpur – malah mereka juga mengancam dengan menggunakan tentera, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Tujuan sebenar Kuala Lumpur akhirnya diketahui. Mahathir bertujuan manghapuskan 20 Perkara yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Malaya sahaja.
Kenyataan bekas Presiden Sukarno dari Indonesia adalah tepat apabila beliau member amaran semasa pembentukan Malaysia, bahawa status Sabah sebagai tanah jajahan tidak akan berubah melalui penubuhan Malaysia, beliau mengatakan bahawa apa yang berubah hanyalah pertukaran pejabat penjajah dari London ke Kuala Lumpur. Kejadian-kejadian dan tindakan-tindakan Kuala Lumpur sejak 1963 telah membuktikan bahawa pendapat itu adalah benar.
Rakyat Sabah telah diajak secara tergesa-gesa dan pemimpin-pemimpin kita telah ditipu membentuk Persekutuan Malaysia. Bacalah semua buku-buku dan fakta-fakta tentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan peristiwa-peristiwa yang terjadi selepasnya dan anda semua akan dapat memahami.
Pemimpin-pemimpin kita walaupun berat hati tapi akhirnya bersetuju menjadi sebahagian daripada ahli persekutuan yang baru, dengan jaminan beberapa syarat haruslah dipersetujui. Selepas beberapa siri rundingan, pemimpin-pemimpin Sabah termasuk Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Khoo Siak Siew, pemimpin-pemimpin dari Malaya dan wakil British telah bersetuju tentang apa yang dipanggil sebagai Syarat-Syarat DUA PULUH PERKARA. Syarat-syarat ini adalah SANGAT-SANGAT PENTING kerana ianya bermakna bahawa Sabah sebenarnya telah memperolehi kemerdekaan melalui Malaysia. Ini adalah tujuannya dan dipersetujui oleh kesemua pihak yang terlibat pada waktu itu. Kita semua menyokong ini.
Walau bagaimanapun segala-galanya telah berubah. Sebaik sahaja kita menumpukan perhatian ke dalam bidang politik, social dan pembangunan ekonomi, kebanyakan daripada bekas pemimpin kita semakin mementingkan status dan kepentingan mereka sendiri dan tidak lagi mengambil berat tentang apa yang berlaku ke atas negeri secara keseluruhan.
Apabila para pemimpin ini mabuk kuasa, kekayaan dan pembangunan, para pemimpin Kuala Lumpur telah mengambil peluang ini untuk mengubah status Sabah daripada sebuah negeri merdeka yang bersekutu dengan Malaya dan Sarawak (serta Singapura) kepada apa yang kita sedang alami sekarang – kembali kepada jajahan. Lebih buruk lagi, dalam proses ini pula, pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur juga telah menyebabkan rakyat Sabah menyerahkan hak minyak mereka, tanah dan hutan – kesemua ini dibuat dengan secara halus dan teratur supaya rakyat Sabah tidak menyedari bahawa perkara itu telah berlaku.
Saya adalah salah seorang yang menyedari apa yang sedang berlaku dan sedar ke mana kita akan dibawa. Tanpa mengambilkira apakah yang akan terjadi kepada saya dan keluarga saya dan sebagai seorang yang bernasib baik, berada dalam kedudukan, berpendidikan dan berstatus, saya telah merasakan bahawa adalah menjad tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Sabah tulin untuk membetulkan semua ini, dengan membangkitkan isu 20 Perkara dan membongkar sikap Kuala Lumpur yang tidak adil kepada Sabah, terutamanya sejak 1985.
Saya percaya perkara-perkara yang lain anda semua sudah tahu. Sekarang anda semua faham, mengapa Kerajaan Persekutuan tidak pernah berhenti untuk menganggu saya dan pemimpin-pemimpin PBS. Sekarang anda semua tahu apa sebenarnya yang BPR hendakkan dari saya.
Kuala Lumpur tahu dan Mahathir pun tahu bahawa saya adalah BENAR. Mereka lebih suka untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai seperti saya kerana mempersoalkan tindakan-tindakan mereka daripada mengakui kebenaran tentang apa yang mereka telah lakukan. Mereka, Mahathir dan sesetengah daripada mereka (bukan semua pemimpin Kuala Lumpur seperti mereka) memang boleh menghapuskan saya dan sesiapa juga yang sependapat dengan saya, kerana mereka mempunyai semua peralatan kuasa yang menyebelahi mereka – polis tentera, BPR, ISA, JHDN, OSA dan lain-lain lagi.
Beritahu saya, adakah salah bagi saya berjuang untuk negeri dan rakyat? Adakah saya salah mempersoalkan Kuala Lumpur? Patut atau tidakkah saya meminta bahagian daripada royalti minyak yang lebih munasabah bagi negeri ini? Adakah salah bagi saya berjuang untuk membebaskan Sabah daripada penjajahan? Adakah salah bagi saya mendidik masyarakat Sabah tentang fakta-fakta yang benar tentang Negara kita dan keadaan kehidupan kita?
Adakah salah bagi saya memperkenalkan idea-idea yang baru dan bercorak revolusinari dalam pembangunan, mengurangkan kemiskinan dan pengangguran dan mengembalikan nilai-nilai dan harga diri kepada rakyat? Jikalau saya salah, maka kita semua adalah salah kerana berada dalam kebenaran.
Adalah lebih mudah bagi saya untuk tidak terlibat di dalam soal-soal rakyat, negeri dan negara. Mungkin ada orang yang bertanya mengapa harus saya mengambil berat tentang semua ini? Benar, jika saya hanya mengabil berat tentang diri saya dan kepentingan keluarga saya sahaja dan jika saya kedekut – adalah lebih baik saya tidak melibatkan diri. Saya boleh mengekalkan kedudukan saya, bersenang-lenang dengan gaji besar dan ketawa tentang apa yang berlaku.
Jika saya mengambil hati para pemimpin persekutuan dan member rasuah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa dan sebagainya, saya akan dilindungi dan tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepada saya. Adakah ini yang kamu ingin lihat dari saya? Saya fikir tidak. Salah seorang mesti berkorban. Namun, pengorbanan ini akan menjadi sia-sia dan tidak bererti tanpa sokongan dan dorongan anda semua. Anda semua adalah satu-satunya kuasa yang boleh menghentikan Mahathir dan membebaskan kita sekali lagi dari belenggu penjajahan.
Sekiranya kebangkitan Perkara 20 dan mempersoalkan sikap Kuala Lumpur dan tindakannya ke atas Sabah diinteprestasikan oleh Mahathir sebagai hasutan kepada rakyat Sabah untuk membenci rakyat di Semenajung Malaysia, maka dia semestinya samada bodoh atau penipu. Saya mempunyai ramai teman-teman di Semenanjung Malaysia dan telah mengenali saya dan kenal siapakah saya ini. Terdapat juga saudara-mara saya yang berkahwin dengan orang Semenanjung.
Saya menyemai rasa muhibah dan bukan kebencian. Mahathir sendirilah yang memperkenalkan dan mengundang kebencian. Dia telah mencaci pemimpin-pemimpin sabah yang dipilih dan dengan sengaja membohongi dan menipu rakyat Malaysia terutama dan dari segi isu-isu agama dan bangsa. Ingatkah anda dengan kes ‘sigar’ (tanjak) yang melibatkan Tengku Razaleigh?
Sewaktu saya berjumpa dengan Dr Mahathir pada Mei 1990, saya berbincang dengan beliau tentang beberapa isu. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan bertujuan untuk membincangkan masalah peribadi tetapi isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri. Salah satu daripada nasihat yang beliau berikan pada saya tentang 20 Perkara ialah, beliau berkata:
“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”
Buat seketika saya tidak dapat mempercayai kata-katanya sebab dia adalah Perdana Menteri Negara yang memberitahu saya untuk menipu rakyat yang mana sepatutnya menjadi tugas kita untuk mendidik mereka.
Apabila saya bertanya kepada Mahathir untuk menambah royalty negeri ini daripada pendapatan minyaknya, dia berkata:
“kamu bernasib baik Kerajaan Persekutuan member kamu lima peratus. Ingat bahawa tidak ada minyak di Sabah sehinggalah Malaysia wujud…”
Apa yang diperkatakan oleh Mahathir ialah negeri ini tidak mempunyai hak kepada minyak dan hasil buminya dan bukan Tuhan yang memberikan kita minyak tetapi Malaysia yang memberikannya.
Tentang hal-hal tanah, Dr Mahathir berkata adalah amat susah untuk pihak negeri melepaskan dan meluluskan tanah apabila Agensi Persekutuan memerlukannya. Dia berkata tanah seharusnya dikawal oleh Persekutuan.
Ini memperlihatkan objektif jangka panjang Mahathir – untuk mengawal tanah dan hutan di mana ia masih di bawah kuasa kerajaan negeri seperti mana yang termaktub di bawah 20 Perkara.
Objektif lain Mahathir ialah untuk menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan atau sebahagian daripada Malaya. Dia berkata:
“hak-hak negeri adalah sementara. Sabah adalah sepatutnya sama seperti Kedah ataupun Perlis…”
Ini adalah jelas bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Allayaraham Tunku abdul Rahman sewaktu pembentukan Malaysia, bila mana dia berkata:
“Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi negeri yang ke-13 atau ke-14 negeri-negeri Malaya kerana mereka akan masuk sebagai rakan yang sama taraf (dengan Malaya) dan mendapat kuasa dan status yang sama…”
Apabila Malaysia ditubuhkan pada September 1963, satu perjanjian yang dipanggil Perjanjian Malaysia telah ditandatangani, di antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak – terikat dengan syarat-syarat perjanjian tersebut. Syarat-syarat itu adalah seperti perikatan di antara mereka, jadi jika salah satu rakan akan “renege” atau undur diri ia akan memberi kesan kepada syarat-syarat untuk rakan-rakan yang lain dan memerlukan penilaian semula, dan perjanjian baru harus ditandatangani oleh rakan-rakan yang tinggal. Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965 dan ini telah membatalkan Perjanjian Malaysia yang mana menjadi asas kepada Persekutuan Malaysia.
Bagi saya, kecuali Malaya, Sabah dan Sarawak berbincang bersama dan mengkaji semula untuk sahkan atau ubah Perjanjian Malaysia yang telah tidak sah, asas perundangan penubuhan Malaysia tidak lagi sah. Mengapa kita tidak melakukannya? Kenapa mereka takut untuk membincangkannya? Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Persekutuan, terutama Mahathir, menggunakan ancaman dan tangkapan untuk menghapuskan kita. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang.
Maka itu saya sangat-sangat tertekan dan terkejut dengan tindakan yang tidak adil, di mana Perdana Menteri negara kita membuat tuduhan-tuduhan yang liar dan tuduhan tidak benar terhadap saya, IDS dan kerajaan negeri PBS yang telah dipilih secara demokratik.
Berdasarkan dari kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain semasa lawatan mereka ke Kota Kinabalu minggu lepas, rakyat Sabah dan dunia keseluruhannya melihat bahawa “kuasa adalah benar”.
Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kebangsaan yang lain datang ke Sabah untuk memperlihatkan kuasa dan kekuatan mereka. Mereka datang untuk menunjukkan bahawa selagi mereka mempunyai kuasa persekutuan, polis dan tentera serta orang-orang di Sabah yang sanggup mengutamakan cita-cita mereka untuk melaksanakan kehendak UMNO di negeri ini dan rakyatnya. Pemimpin-pemimpin tersebut bersedia untuk menutup mata mereka terhadap hak-hak sah kerajaan negeri PBS untuk memerintah dengan aman tanpa penindasan.
Ini merupakan hari yang sedih untuk rakyat Sabah, Malaysia dan generasi akan datang. Sekarang saya dapat memahami sepenuhnya dan bersimpati dengan mereka yang berada di dalam perhimpunan USNO yang mana secara terbuka tanpa malu-malu mengeluarkan airmata. Mereka ini bersetuju dengan kami yang cintakan negeri ini dan ingin mengekalkan hak-hak asasi kita, mereka betul-betul kecewa melihat pemimpin-pemimpin kita di Sabah yang bersedia untuk menyerahkan kuasa politik dan negeri kepada Mahathir.
Mahathir telah membuat tuduhan yang serius terhadap saya. Dia berkata bahawa saya terlibat dengan komplot mengeluarkan Sabah dari Malaysia dan kononnya saya bercita-cita menjadi Presiden kepada negeri Sabah yang merdeka. Tuduhan-tuduhan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan sorakan yang kuat dari wakil-wakil USNO dan para pemerhati. Apakah yang terjadi dengan hak-hak saya sebagai warganegara Malaysia? Siapa yang memberikan hak-hak kepada Perdana Menteri untuk menganiaya seseorang rakyat Malaysia di hadapan orang ramai dan TV serta melalui media massa ke seluruh dunia? Adakah Perdana Menteri kita berdiri di atas undang-undang? Adakah undang-undang Malayisa hanya untuk keluarga Kitingan sahaja? Pemimpin-pemimpin PBS dan para pegawai negeri dan kepada sesiapa sahaja yang tidak menurut perintah Barisan Nasional?
Bagi saya, kelelakuan seperti ini adalah yang paling keji dan tidak mempunyai tempat di Negara ini yang kononnya Negara yang berprinsipkan demokrasi. Saya telahpun berbincang dengan peguam saya, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan yang lain-lain yang telah menghina dan menuduh saya.
Sekiranya, saya terlibat dengan semua yang dikatakan tersebut, Perdana Menteri sepatutnya menggunakan kuasa-kuasanya untuk menahan saya dan membawa saya ke muka pengadilan di mahkamah. Kenapa dia membuat banyak kenyataan-kenyataan yang dramatic semasa berpolitik? Sekiranya ia adalah berkaitan dengan keselamatan Negara, maka ia seharusnya diselesaikan menurut apa yang sepatutnya.
Kenapa dibangkitkan hanya sewaktu kongres USNO berlangsung? Dan ia masih mengatakan bahawa semua tindakan ini tidak ada kena mengena dengan campur tangan politik. Ini adalah hipokrit. Kenapa Jeffrey Kitingan dihukum oleh Mahathir setiap kali adanya perhimpunan USNO? Bagi saya, ianya adalah satu penganiayaan politik yang teruk dan kejam sekali.
Kita di Malaysia tidaklah buta. Mereka dapat melihat sekarang bahawa kerajaan negeri PBS adalah di bawah kuasa pusat melalui politik (UMNO), ancaman secara fizikal (penambahan tentera), penahanan ISA, BPR dan tindakan-tindakan JHDN sehinggalah adanya orang-orang yang dapat menerima kehendak mereka tanpa mempertikaikan mereka.
Adakah ini yang kita telah runding semasa kita bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963? Tidak. Semestinya tidak. Kita tidak setuju untuk diperkecilkan seperti ini dan tidak bersetuju untuk dijajah oleh KL atau sesiapa pun.
Saya menyeru kepada kerajaan negeri PBS yang bertanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sabah secara serius, untuk mempersoalkan tentang kedudukan Sabah di Malaysia bersama-sama dengan kerajaan persekutuan melalui saluran perundangan yang sah.
Apa gunanya menjadi kerajaan negeri apabila Ketua Menterinya dan pemimpin-pemimpinnya diketepikan dan tidak dipelawa untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri yang dating ke tanah Sabah? Siapakah sebenarnya yang memperkenalkan sentiment anti-Malaysia dan terlibat dengan tindakan-tindakan anti-Malaysia? Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO lah yang terlibat.
Saya tidak akan tunduk kepada komplot ancaman persekutuan terhadap saya dan kepentingan negeri Sabah. Saya akan berdiri dengan apa yang saya telah katakan di dalam 20 Perkara, hak-hak negeri, keperluan keadilan dan kesaksamaan layanan oleh kuasa persekutuan kepada Sabah sepertimana yang terkandung di dalam kenyataan-kenyataan saya dahulu.
UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH: JANGAN PUTUS ASA, JANGANLAH SEKALI-KALI PUTUS HARAPAN, KERANA TUHAN AKAN MENOLONG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEADILAN.
Kepada kakitangan kerajaan, kepada kakitangan saya di YS, IDS dan ICSB – teruskan dan buatlah kerja anda semua dengan tenang, cekap dan dedikasi. Buatlah kerja kamu dengan sepenuh hati dan bertanggungjawab. Misi saya adalah untuk melihat supaya kita hidup di dalam keamanan dan bebas dari penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Misi anda adalah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman kemiskinan dan kesakitan. Marilah bersama-sama membina satu negara yang progresif dari segi ekonomi, supaya kita semua boleh menjadi alat-alat TUHAN yang berkesan untuk melayani dan mencintai yang lain.
Kepada pelajar-pelajar, saya berseru kepada kamu untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran kamu kerana kamulah pemimpin generasi akan dating. Gunakanlah masa dan fikiran kamu untuk memahami dan mencari kebenaran sejarah dan pembangunan kita. Janganlah bataskan diri kamu dengan apa yang diajar di sekolah atau di kolej, kerana mereka hanya memberikan satu pandangan sahaja kepada cerita tersebut. Teruskan dan carilah kebenaran. Fahami tentang apa dia kehidupan, dan apa dia kebebasan dan keadilan.
Baca 20 Perkara dan buku “Sabah Commemorative Book – Sabah 25 Years Later” dan lain-lain. Janganlah kamu mengambil keputusan selagi kamu belum tahu kebenarannya. Apabila kamu mengetahui kebenaran, kamu akan tahu apa yang hendak dibuat.
Kepada semua ibubapa, kamu adalah juru kemudi di lautan yang bergelora. Bimbinglah anak-anak kamu menuju kebenaran dan kedestinasi hidup yang betul. Beri tahu mereka apa yang berlaku kepada negara kita supaya mereka boleh mencorakkan satu masa depan yang cerah. Displin adalah perlu dipupuk tetapi selain daripada itu, kita juga perlu menanamkan sikap yang betul kepada anak-anak kita yang sentiasa belajar daripada ibubapa.
Kepada suami-suami, hormati dan jagalah isteri-isteri anda semua. Isteri adalah sebahagian daripada diri kamu. Dia adalah rakan dan pasangan. Dia mengetahui banyak perkara dan dia boleh membantu kamu untuk mengetahui perbezaan apa yang benar dan palsu – antara keputusan yang baik dan tidak baik. Jangan abaikan isteri kamu.
Kepada isteri-isteri, cintailah suami-suami kamu dan jagalah mereka dengan baik. Dia adalah pasangan kamu, rakan dan penasihat. Dia juga adalah penegur bilamana kamu membuat kesilapan. Tetapi suami-suami kamu juga memerlukan bimbingan kamu untuk mencari kebenaran dan memahami situasi kita di Sabah.
Kepada rakyat di Semenanjung Malaysia, kamu adalah saudara-saudara kami. Kami memerlukan kamu untuk memahami keadaan kami di Sabah. Kami tidak membenci kamu sepertimana yang diberitahu oleh pemimpin-pemimpin kamu. Pemimpin-pemimpin kamu hanya menanamkan bibit-bibit kebencian di antara kita semata-mata untuk kepentingan politik peribadi mereka. Kami ini adalah ditindas, diganggu, dan dilayan dengan tidak adil. Kami ini dijajah dan dikawal, sehinggakan kami kehilangan kebebasan demokrasi dan juga maruah.
Kami telah diberitahu bahawa kami telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 tetapi kami kini tidak lagi mengundi masa depan politik kami sendiri. Pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia lah yang melakukannya. Tidak perlu bersimpati kepada perjuangan kami tetapi cubalah untuk memahami diri kami dan situasi yang kami hadapi. Hanya melalui ini, kamu dapat member sumbangan kepada kami. Dan hanya dngan begini sahajalah maka kamu akan mengetahui bagaimana pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur membohongi rakyat di Semananjung Malaysia.
Kepada peniaga-peniaga, pelabur-pelabur kamu yang sentiasa menggerakkan ekonomi, yang mana seterusnya membantu member nafkah kepada keluarga kami semua. Jangan hentikan pelaburan kamu. Bantulah supaya ekonomi berkembang, supaya tanah air ini menjadi makmur dan sesuai kepada perkembangan pelaburan-pelaburan. Bantulah supaya perjuangan rakyat Sabah Berjaya supaya kamu pun akan turut Berjaya.
Kepada pemimpin-pemimpin politik di Sabah, kamulah pemimpin-pemimpin jati. Pimpinlah rakyat menuju destinasi mereka. Berjuanglah untuk kebebasan dan keadilan mereka. Bebaskan tanahair ini dari ketidakadilan. Berpegang teguhlah kepada prinsip-prinsipmu. Jangan mudah tergoda untuk meninggalkan perjuangan mu semata-mata untuk beberapa ringgit sahaja. Jangan menganiayai rakyat kerana kepentingan peribadi, kekayaan dan kedudukan supaya tidak diganggu oleh musuh-musuh. Bezakanlah antara kepentingan-kepentingan peribadi dan kepentingan-kepentingan rakyat.
Kita semua akan mati pada suatu hari nanti dan semua tindakan kita akan tercacat dalam sejarah. Berapa banyakkah kekayaan dan pangkat yang kamu boleh bawa mati? Adakah anak-anak kamu nanti akan bangga dengan kamu? Tanyalah diri sendiri – “Apa misi saya? Apakah yang saya perjuangkan? Adakah untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan-kedudukan lain, ataupun adakah untuk membebaskan tanahair ini dari penindasan penjajah dan ketidakadilan supaya kita semua boleh hidup dengan aman dan dapat menentukan masa depan sendiri? Adakah saya berjuang untuk diri sendiri ataupun rakyat saya?”
Kamu dalah pemimpin. Jangan gadaikan tanahair dan rakyat kamu. Jika kamu keliru, cubalah bertenang, berfikir dan buat renungan. Tuhan akan membimbing kamu ke jalan yang benar. Jangan malu untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan. Mas belum terlewat. Ingatlah bahawa kita semua adalah manusia biasa sahaja.
Sebagai pemimpin, pengikut-pengikut mahukan panduan, maklumat dan nasihat. Mereka menaruh harapan kepada kamu, dan mereka menjangkakan kamu kuat. Apabila saja kamu tahu apa yang hendak dibuat, jangan menoleh ke belakang lagi. Kerana jika kamu begitu, kamu bukan lagi pemimpin. Jika Kuala Lumpur sudah mengawal kehidupan, dasar-dasar, sumber-sumber kita, kehidupan kita di Sabah bukan lagi seperti sediakala. Jadi, pesanan saya kepada kamu ialah BERSATUPADULAH , berganding bahu dan MEMIMPINLAH sebagaimana kamu diundi. Inilah tanahair mu dan politik adalah darah daging mu.
Kepada pemimpin-pemimpin lain di Kuala Lumpur, ada di antara kamu yang memahami kami. Kamu tahu bahawa beberapa rakan politik kamu bertindak keterlaluan, tidak adil dan bersikap kepenjajahan dalam tindakan dan semasa membuat keputusan-keputusan. Kenapa kamu hanya berdiam diri dan membiarkan ketidakadilan dilakukan? Kamu mempunyai fikiran yang waras, kenapa kamu tidak berusaha menyedarkan yang lain?
Apa yang dibuat oleh Mahathir, Ghafar Baba, Mohammad Rahmat, Najib Razak dan Megat Junid tidak lagi boleh diterima. Mereka mengancam, memenjara, menipu dan membohongi semua rakyat Malaysia. Adakah mereka sudah mabuk kuasa? Adakah mereka sudah gila? Kamu adalah berada pada kedudukan yang baik untuk mempengaruhi mereka untuk mengembalikan mereka kepada cara pemikiran yang betul. Bagi kami di Sabah, kami terpaksa bertindak dan membalas. Kami telah terpaksa. Kami berharap kamu semua akan faham.
Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, polis, askar, SPR dan sebagainya, kamu adalah penjaga rakyat. Saya menyeru supaya kamu melindungi rakyat yang tidak berdosa dan mereka yang memperjuangkan kebebasan. Jangan mematuhi arahan-arahan secara membabi buta.
Saya bukan satu ancaman kepada rakyat tetapi saya mungkin merupakan ancaman kepada Mahathir. Saya adalah suara rakyat. Dan saya juga adalah suara kamu. Jadikanlah diri kamu alat untuk mencapai keamanan dan menjadi pelindung rakyat, bukannya penindas. Pergi dan ambil tindakan ke atas penindas-penindas yang sebenar dan serahkan mereka kepada pengadilan rakyat.
Kepada kawan-kawan saya dan semua orang yang waras, kamu adalah harapan rakyat dan generasi kita. Ini bukanlah perjuangan saya seorang. Ini adalah perjuangan semua manusia yang berperikemanusiaan. Perjuangan untuk kebebasan daripada penindasan, ketidakstabilan dan penjajahan adalah perjuangan hak asasi. Adalah menjadi tugas saya untuk memikul beban ini kea rah destinasi bersama. Jika saya gagal, kamu mesti bersedia untuk meneruskan perjuangan ini. Apabila kita berjaya sampai ke destinasi kita, semua faedah adalah milik kamu.
Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu.
Sumber :
dusunbukit.wordpress.com