Sunday, September 4, 2011

KMYD 1 2011 Melabuhkan Tirai : Apa Kata Belia ...

Perkongsian 1 : Saya sangat suka dengan persembahan tematik. Apa yang dipaparkan dalam persembahan tematik itu menyentuh hati saya kerana itulah realiti sebenar yang sedang melanda para belia. Sangat mudah kita terpengaruh dengan budaya negatif, tetapi amat sukar untuk menjadi belia yang baik. Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi dan amat berharap ramai belia di Kota Marudu akan menyertai SYD 3 di Tambunan.

Perkongsian 2 : Saya sangat seronok mengikuti KMYD 1 ini. Banyak pengalaman yang saya perolehi. Contohnya melalui Renungan Salib dalam Surat Cinta Yesus, saya amat menyedari bahawa Yesus amat menyayangi saya. Dalam persembahan tematik pula, mesej yang disampaikan amat jelas. Untuk menjadi belia amat sukar kerana terlalu banyak cabaran yang dihadapi dalam kehidupan. Saya sangat berharap program seperti ini dapat diteruskan dan sangat berharap ramai belia di Kota Marudu akan mengukuti SYD 3 nanti.

Perkongsian 3 : Ini merupakan program pertama yang saya ikuti. Melalui KMYD 1 ini, saya memperolehi ramai rakan baru. Melalui KMYD 1 ini juga, dapat membantu saya untuk teguhkan iman saya sebagai belia Katolik.

Perkongsian 4 : Saya sangat teruja kerana dalam KMYD 1 ini saya terlibat dalam menjayakan tematik. Ini merupakan kali pertama saya berlakon. Syukur, saya dapat menjayakannya. Melalui KMYD 1 ini juga, saya mendapat banyak rakan-rakan baru yang banyak membantu saya dalam perkongsian iman belia Katolik.

Perkongsian 5 : Melalui KMYD 1 ini saya memperolehi banyak pengalaman. Contohnya Renungan Salib yang saya ikuti, benar-benar menyentuh hati saya. KMYD 1 ini juga sangat membantu kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Saya sangat berharap, KMYD ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.