

Mungkin disebabkan cuaca yang "sporting", maka saya mampu melihat Gunung Kinabalu yang cantik dari sini. Kerana dikatakan untuk melihat puncak Gunung Kinabalu tanpa dilindungi kabus adalah antara jam 7:00 pagi hingga 8:00 pagi tertakluk pada cuaca yang cerah kerana udara yang amat dingin amat cepat menghasilkan kabus di persekitaran kaki gunung malah di puncak gunung.
Disini saya juga berpeluang melihat proses pemerahan susu (jika sesuai dengan jadual perahan susu) dengan bantuan teknologi terkini. Tiada lagi tenaga manusia yang duduk mencangkung memerah susu lembu secara manual seperti di dahulu. Kita juga boleh membeli susu segar yang telah dikotakkan dengan perisa susu dan coklat. Lazat dan semestinya berkrim! Bila menikmati susu segar ini, saya teringat semasa saya bersekolah rendah dahulu, kami dapat menikmati susu segar setiap hari! (Rindunya dengan kawan-kawan semasa di SK Pekan, Keningau)
Menurut kakitangan Desa Dairy Farm, hanya seekor lembu jantan yang mengepalai 100 ekor lembu betina termasuklah dengan tugas mengawan untuk melahirkan generasi baru lembu tenusu. Baka lembu ini berasal dari Australia dan New Zealand adalah khas untuk lembu tenusu tanah tinggi yang berhawa sejuk. Terdapat juga ladang lembu tenusu di Sandakan tetapi berbeza kerana lembu-lembu tenusu tersebut adalah untuk hawa panas sederhana Kepada yang belum berpeluang ke sini, datanglah!
No comments:
Post a Comment