Wednesday, March 19, 2014

Pesta Kaamatan



Pendahuluan
Pesta kaamatan adalah suatu perayaan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah selepas musim menuai untuk memuja semangat padi. Perayaan ini disambut setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun dan telah diiktiraf sebagai hari cuti rasmi di negeri Sabah. Mengikut catatan, cuti rasmi ini telah wujud sejak tahun 1960 setelah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni ketika Tun Hj. Mohamad Fuad Stephens menjadi ketua menteri Negara Sabah. Namun orang pertama yang mencetuskan idea mengenai Perayaan Pesta Kaamatan ini ialah OKK Sodomon yang merupakan Ketua Anak Negeri di Keningau pada tahun 1956. Hasilnya perayaan Pesta Kaamatan pertama berlangsung pada 30 Jun – 1 Julai 1960 di padang St. Micheal, Penampang. Hanya pada tahun 1986, Kadazandusun Cultural Assocation (KDCA) perayaan kemuncak Pesta Kaamatan ini ditetapkan pada 30 dan 31 Mei dan pembukaan pada 1 Mei. Sepanjang perayaan Pesta Kaamatan ini, diadakan pesta makanan, sukan seperti tarik tali dan gusti tangan, pameran kraftangan, pertandingan nyanyian Sugandoi dan acara kemuncaknya adalah pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau. Festival berwarna-warni ini sememangnya kaya dengan legenda dan menarik ramai pelancong untuk mengunjunginya. Sehingga kini, sambutan Pesta Kaamatan ini dirayakan hamper kesemua 32 buah daerah di Sabah, termasuk di lembah Kelang (Kuala Lumpur). Kemuncak perayaan ini diadakan di Hongkod Koisaan Penampang, Sabah.

Asal-usul Pesta Kaamatan
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kaum Kadazandusun. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Kronologi Ritual Perayaan Pesta Kaamatan
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Majlis Kumogos
Sebelum musim menuai padi bermula, Bobohizan / Bobolian (ritual pakar) akan memilih dan mengikat-7 tangkai padi yang terbaik dari sekian banyak padi. Tujuh tangkai beras kemudian akan ditaburkan di seluruh sawah padi. Ini seumpama isyarat untuk memaklumkan roh lain yang boleh hadir di kalangan sawah untuk tidak membuat sebarang gangguan apabila kerja penuaian untuk bermula dan setiap daripada mereka akan diberi sesuatu selepas musim menuai.

Majlis Kumotob
Dari kawasan yang belum lagi dituai untuk Bobohizan / Bobolian akan pilih 7 tangkai beras yang terbaik. Batang dipilih kemudiannya diikat bersama-sama dan diletakkan di dalam tadang atau wakid (jenis bakul untuk menyimpan padi). Selebihnya beras dalam bidang kemudian dituai dan nasi bertukar menjadi benih bagi musim penanaman masa depan

Majlis Posisip
Bobohizan / Bobolian pergi ke pondok padi bersama-sama dengan 7 batang beras yang diikat dan diletakkan di tadang. Ketika membaca dikir dia membawa keluar ikatan batang padi dan memasukkan mereka dalam tiang buluh yang disimpan dalam tangkob. Bacaan dikir itu adalah untuk memanggil semangat padi untuk tinggal di pondok beras sehingga musim penanaman seterusnya, iaitu apabila roh beras dipanggil ke sawah lagi.

Majlis Poiib
Dalam pondok beras Bobohizan / Bobolian dengan teliti menuangkan nasi ke tangkob. Proses ini diulangi untuk beberapa kali sehingga semua nasi telah dicurahkan ke tangkob. Bobohizan / Bobolian kemudian membaca dikir merayu kepada semangat padi untuk menjagaku di atas nasi yang disimpan dalam tangkob.

Majlis Magavau
Ini adalah majlis yang paling penting dalam urutan peristiwa perayaan musim menuai. Ini memberi tumpuan dalam pemulihan Bambazon / Bambarayon serta menawarkan makanan kepada Bambazon / Bambarayon. Pada zaman dahulu, upacara Magavau dilakukan dalam bidang padi pada malam bulan penuh pertama selepas musim menuai. Seorang dukun wanita yang dipanggil 'Bobolian' akan mengetuai upacara ini yang dilakukan ketika matahari hampir terbenam, sehari sebelum perayaan pesta menuai bermula. 'Bobolian' akan membaca jampi serapah yang dipanggil 'Momurinait' di dalam bilik khas. Di dalam bilik ini terletaknya 'bambaazon' atau 'bambarayon', iaitu semangat padi. Barisan kaum lelaki dan wanita pula akan menari dan menyanyi sehingga subuh dalam upacara ini. Pada masa kini, upacara ini dijalankan di rumah pemilik medan..

Majlis Humabot
Majlis ini merupakan peringkat akhir pemerhatian perayaan musim menuai dan dalam bentuk membuat meriah dan hiburan. Majlis ini kini dirayakan di peringkat kampung, daerah dan negeri setiap tahun sepanjang bulan Mei setiap tahun.  Pelbagai hiburan dan aktiviti dalam bentuk tarian dan sukan tradisional diadakan dan acara kemuncak adalah pemilihan Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai). Unduk Ngadau melambangkan Huminodun, anak perempuan yang dikorbankan daripada Kinoingan.

Ritual-ritual yang diterangkan di atas adalah tipikal Kadazan-Dusun kawasan Penampang-Papar. Lain-lain kumpulan Dusun, kumpulan murut pedalaman dan kumpulan paitan di timur mempunyai upacara menuai padi yang berbeza. Sebagai contoh, Dusun Lotud mempunyai satu siri lapan upacara - Mansalud, Monuras, Tumakau, Matang, Mongoi Rumali, Mogimpuun, Sumondod dan Monumbui. Walau bagaimanapun, intipati majlis ini adalah sama, kesyukuran untuk tuaian yang banyak.

Masyarakat kaum Kadazan-Dusun sangat mempercayai bahawa padi adalah suci. Hal ini demikian kerana mengandungi beberapa bahagian anak perempuan Tuhan Dusun yang terjadi daripada semangat padi. Semangat padi ini dilambangkan oleh tujuh tangkai padi yang dicabut, diikat, dan disimpan ditempat khas.

Secara amnya, masyarakat setempat melihat upacara pemujaan semangat padi ini sebagai suatu tanda kesyukuran dan wujudnya hubungan baik antara manusia dengan alam. Selain itu, upacara ini juga dapat mewujudkan semangat bersatu padu dan tolong-menolong dalam masyarakat Kadazan-Dusun.

Makanan Semasa Pesta Kaamatan
Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun dan selalunya dihidangkan semasa perayaan Pesta Kaamatan.

Hinava
Hinava merupakan makanan yang sangat popluar bagi masyarakat Kadazandusun, apatah lagi ketika perayaan Pesta Kaamatan dijalankan.  Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan ini ialah isi ikan ( selalunya Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

Noonsom
Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk (bahan yang diawet dengan menggunakan garam) dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang sering diketengahkan semasa Pesta Kaamatan berlangsung. Antaranya Noonsom sada, Noonsom bambangan, dan Noonsom tuhau.

Pinaasakaan
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk memasak menu Pinaasakaan ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam takob-bakob garam, serbuk perasa dan sedikit air. Ikan itu dibiarkan sehingga hampir kering barulah diangkat.

Sup manuk lihing
Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali Lihing di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Pakaian semasa Pesta Kaamatan
Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazandusun yang digunakan khususnya semasa Pesta Kaamatan  adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. Pakaian kaum lelaki seperti ’ Gaung’ (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat). Manakala pakaian kaum wanita dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:-

v  ‘Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.
v  ‘Sinompukung’ blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.
v  ‘Kihongon’ blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual

Selain daripada itu, terdapat juga aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang bersama pakaian.

Kesimpulan
Perayaan Kaamatan yang dirayakan di negeri Sabah merupakan satu perayaan yang begitu besar. Walaupun negeri Sabah wujud pelbagai etnik dan agama, tetapi perayaan Pesta Kaamatan ini disambut secara bersama. Ini dapat dilihat apabila gedung-gedung membeli-belah mengenakan harga yang murah ketika perayaan ini berlangsung, yakni sepanjang bulan Mei. Perayaan Pesta Kaamatan kini telah menempuhi banyak perubahan, namun objektifnya tetap sama. Semoga perayaan ini akan terus menjadi perayaan yang akan mampu menyatukan semua penduduk.

Rujukan
1.      Beattie, J. (1979) Lain-lain kebudayaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.      Japiun Madisah (1986) Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan. Kota Kinabalu. Sikuk Pulication.

3.      Mat Zin Mat Kib, (2011) Kumpulan etnik kadazan di Sabah: antara asas etnografi atau agenda politik. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 12 . pp. 15-28. ISSN 1511-8393

No comments:

Post a Comment